Monday 23 December 2013

ICT INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY

PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TERHADAP STRAFIKASI DAN KETAKSAMAAN SOSIAL DI MALAYSIA

                                            PENGENALAN

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan suatu bidang yang saling berkaitan dan mempunyai peranan atau fungsi dalam pelbagai bidang dan juga kepada masyarakat. Teknologi maklumat dan komunikasi sering digunakan oleh individu, masyarakat, organisasi, jabatan kerajaan dan sebagainya untuk kepentingan tertentu dan membantu melakukan tugas dengan mudah dan pantas. Teknologi maklumat adalah kaedah, peralatan dan perisian yang terlibat dalam proses penjanaan maklumat, pengumpulan maklumat, pemprosesan maklumat, pengurusan maklumaat, penyebaran maklumat dan penyimpanan maklumat (Musa Abu Hassan, hlm,7, 2002). Komunikasi pula merujuk kepada pemindahan atau penyampaian mesej daripada satu pihak kepada pihak yang lain (Abdullah Hassan & Ainon, 2002). Komunikasi merupakan perkongsian maklumat antara individu, kumpulan, organisasi dan khalayak atau masyarakat. Secara amnya teknologi maklumat dan komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi. Teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu computer, komunikasi dan tahu menggunakannya. Gabungan ketiga-tiga ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan Berjaya.

Stratifikasi Sosial

Strafikasi sosial berasal daripada istillah Inggris iaitu stratified yang membawa maksud ‘susun lapis’. Susun lapis masyarakat pula merujuk kepada susunan sesuatu masyarakat kepada satu hieraraki atau kedudukan yang tidak sama rata daripada segi kuasa, harta penilaian sosial dan kepuasan sosial (et.al Rohana, hlm 59, 2006). Selain itu, stratifikasi sosial juga merujuk kepada struktur sosial dalam masyarakat yang berperingkat-peringkat. Masyarkat akan dibezakan mengikut pencapaian, pendidikan, kekayaan, kepimpinan atau politik dan sebagainya yang menunjukkan ciri-ciri struktur masyarakat. Stratifikasi sosial terbahagi kepada tiga jenis iaitu estet, kasta dan kelas sosial. 
Jenis Stratifikasi sosial yang pertama ialah kasta. Kasta merujuk kepada perwarisan atau keturunan yang diperolehi oleh generasi yang seterusnya. Sekiranya individu yang kastanya ialah vaisya maka anaknya juga sama seperti dia. Ini bermakna masyarakat tidak bebas dalam mengubah kedudukannya. Individu yang tergolong dalam kasta ini juga harus memilh kasta yang sama dalam perkahwinan, hubungan dengan kelompok sosial lain juga terbatas, taat pada norma kasta dan kasta diikat oleh kedudukan yang sama secara tradisional yang telah ditetapkan. Sistem ini diamalkan di India dan juga di Negara lain. Di India sistem kasta terdiri daripada brahman, vaisya, kastria dan sudra. Kasta brahman merupakan kasta para pendeta yang dipandang sebagian lapisan tertinggi. Kasta kastria pula ialah orang-orang bangsawan dan tentera yang dipandang sebagai lapisan kedua. Kasta vaisya merupaka kasta para pedagang yang dianggap sebagai lapisan menengah. Manakala sudra adalah rakyat jelata di India. Orang yang tidak berkasta pula dipanggil sebagai paria. Kasta ini juga dikenali sebagai stratifikasi sosial tertutup. Jenis sosial ini tidak sesuai di Malaysia.

Bentuk sosial yang kedua ialah estet. Estet hampir sama dengan kasta, namun terdapat perbezaan yang dapat dilihat dengan jelas. Ini kerana estet diukur berdasarkan kekayaan, kekuasaan, pemilikan tanah, dan sebagainya. Bezanya dengan kasta ialah estet tidak mempunyai paria dan mempunyai sedikit kebebasan untuk mengubah lapisan dalam masyarakat. Sistem ini masih ada di Eropah, walaupun sistem ini sudah lama digunakan. Jenis sosial ini juga kurang sesuai di Negara ini.

Jenis stratifikasi sosial yang seterusnya ialah kelas sosial atau dikenali sebagai stratifikasi sosial terbuka. Kelas sosial merujuk kepada golongan atasan, golongan menengah dan golongan sederhana. Pada masa kini kelas sosial diukur berdasarkan kepada pendidikan, kemahiran, pencapaian dan sebagainya yang boleh mengubah struktur sosial. Oleh dalam kelas sosial ini individu berpeluang untuk mengubah kedudukannya berdasarkan usah yang dilakukannya. Sebagai contoh, orang yang rajin berusaha belajar akan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana mempunyai pendidikan yang baik.

Ketaksamaan Sosial

Ketaksamaan sosial saling berkaitan dengan stratifikasi sosial, namun masih ada konsep dan maksudnya yang tersendiri. Ketaksamaan sosial merujuk kepada penyusunan anggota masyarakat ke dalam kedudukan atau kelompok yang memiliki sumber atau ciri yang dihargai dalam masyarakat ( Kantayya, 2002). Menurut Zawiyah (2008), ketaksamaan sosial adalah satu konsep umum yang merangkumi apa-apa bentuk penyusunan manusia ke dalam kedudukan sosial yang tidak sama rata. Oleh itu ketaksamaan sosial dapat dilihat dalam ketidakseimbangan dari segi aspek layanan dan kepuasan dalam struktur ekonomi, kaum dan gender. Dari segi ekonomi dapat dilihat bahawa orang bawahan mungkin hanya boleh bertani di mana golongan ini kurang bebas untuk mengubah bidang tersebut kepada bidang yang lain. Selain itu, dalam pekerjaan juga terdapat perbezaan antara lelaki dan wanita.

Peranan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Terhadap Stratifikasi Sosial Di Malaysia

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia telah mempengaruhi pelbagai transformasi telah berlaku. Teknologi maklumat dan komunikasi bukan sahaja memberi peranan kepada bidang ekonomi, pendidikan, dan kerajaan malahan telah mempengaruhi perubahan kepada stratifikasi sosial di Malaysia. Di mana, teknologi maklumat dan komunikasi membuka peluang kepada masyarakat untuk mengubah kedudukannya tanpa ada halangan dan belenggu nilai tertentu. Sebelum teknologi maklumat dan komunikasi berkembang di Malaysia kita boleh imbas kembali struktur sosial di Tanah Melayu sebelum British memerintah Tanah Melayu, di mana susun lapis masyarakat ketika itu tidak bebas untuk mengubah keduduknya. Ini kerana susun lapis masyarakat yang berbeza-beza mengikut kedudukan, kekuasaan dan perwarisan yang diturunkan kepada generasi yang seterusnya. Sebagai contohnya, jika satu keluarga adalah golongan petani dan pedagang maka pekerjaan yang sama akan diwarisi oleh genarasi yang seterusnya. Hal ini kita boleh lihat bahawa masyarakat di Tanah melayu sebelum kedatangan kuasa barat tidak bebas untuk mengubah struktur sosialnya.

 Setelah teknologi maklumat dan komunikasi berkembang dengan pesat masyarakat tidak ada halangan lagi untuk mengubah struktur sosialnya. Ini kerana pelbagai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi membantu mencapai kejayaan dalam kehidupan masyarakat. Individu yang menceburi dalam perniagaan tidak lagi seperti dahulu di mana kedudukannya masih dianggap golongan bawahan atau kurang dihormati oleh masyarakat yang berkedudukan tinggi. Kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan perniagaan satu individu berkembang dengan mudah sehingga ia menjadi kaya dan mempunyai pendapatan yang mendadak. Ini kerana pengunaan TMK seperti Internet untuk mempromosikan barangan atau produk telah membantu meningkatkan pendapatan malahan mengubah susun lapisnya kepada golongan atasan. Oleh itu kita boleh simpulkan bahawa kemajuan dalam TMK mampu mengubah kedudukan satu individu tanpa ada halangan pihak lain.

Teknologi maklumat dan komunikasi juga mampu mengubah sistem pekerjaan tanpa mengira kedudukan sosial dalam masyarakat. Merujuk kepada sejarah Tanah Melayu sebelum kedatangan British, dapat dilihat bahawa sistem pekerjaan adalah mempunyai batasan tertentu. Di mana golongan bawahan tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam kerajaan. Golongan bawahan hanya boleh bekerja dalam bidang pertanian, perikanan dan sebagainya. Manakala golongan atasan boleh menjawat jawatan kerajaan dengan lebih baik kerana perwarisan dan keturunan diutamakan ketika itu. Apabila wujunya teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia boleh dilihat bahawa penawaran pekerjaan itu tidak lagi berdasarkan keturunan atau perwarisan tetapi diukur berdasarkan kelayakan pendidikan, kemahiran, pencapaian, dan pengalaman. Ini kerana TMK memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak melihat kepada rekod kejayaan keluarga yang seterusnya diwarisi kepada generasi baru walaupun ia tidak layak untuk mengantikannya dalam pekerjaan tertentu. TMK juga membantu memajukan bidang pertanian dan perindustrian. Oleh itu pekerjaan dalam bidang industri dan pertanian boleh meningkatkan pendapatan individu dengan bantuan peralatan teknologi yang canggih. Sebelum TMK maju di Malaysia mereka yang bekerja dalam bidang perindustrian dan pertanian adalah golongan yang rata-ratanya adalah miskin.

Peranan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi terhadap Ketaksamaan Sosial di Malaysia

Teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia juga memainkan peranan yang penting kepada ketaksamaan sosial. Ketaksamaan sosial di Malaysia merupakan satu isu yang sering diberi perhatian oleh masyarakat. Ini kerana masyarakat di Malaysia mempunyai pelbagai kaum, agama, dan budaya. Hal ini kemungkinan faktor kepada berlakunya ketaksamaan sosial di Malaysia. Namun dengan ada teknologi maklumat dan komunikasi perkara ini akan dikurangkan atau boleh diatasi dengan baik.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia membantu merapatkan jurang dalam pendidikan antara luar Bandar dengan Bandar. Sebelum perkembangan TMK di Malaysia penduduk luar Bandar sering diabaikan dari segi pembangunan dan bantuan yang kurang disalurkan kepada masyarakat luar Bandar. Hal ini menyebabkan luar Bandar banyak ketinggalan dalam bidang pendidikan kerana kurangnya pembangunan di yang dilakukan oleh kerajaan. Namun perkembangan TMK yang begitu pesat kerajaan telah menyalurkan peruntukan di luar Bandar untuk membina pelbagai kemudahan seperti makmal komputer atau bilik komputer, di setiap sekolah, rangkaian jalur lebar dan sebagainya. Usaha pembinaan TMK di luar Bandar ini supaya masyarakat luar bandar mempunyai kemudahan seperti masyarakat bandar.

Teknologi maklumat dan komunikasi juga berperanan untuk merapatkan jurang antara masyarakat iaitu dari segi pemerolehan maklumat dan pengetahuan semasa. Pengunaan TMK seperti internet dapat memberi maklumat kepada masyarakat setelah melayari internet di sekolah atau di rumah. Pengunaan internet juga boleh digunakan untuk mencari maklumat dan berkongsi maklumat dengan pantas melalui website, website berita, dan sebagainya yang boleh menambah ilmu pengetahuan masyarakat. Selain itu juga, masyarakat luar bandar dengan bandar juga boleh berbincang mengenai pelajaran  dengan rakan melalui pembinaan kumpulan dalam laman sosial (facebook). Hal ini akan menambah ilmu pengetahuan serta merapatkan hubungan yang baik anatara pelajar. Penduduk luar bandar juga boleh menjimatkan masa dan kos kerana ada perkhidmatan perbankan secara talian yang boleh digunakan untuk memindahkan wang kepada akaun bank yang sama atau yang lain. oleh itu perkembangan TMK di luar bandar memberi faedah kepada masyarakat dan setaraf dengan masyarakat bandar. Ilmu pengetahun masyarakat luara bandar juga setanding dengan penduduk bandar.

Kesimpulan

Teknologi maklumat dan komunikasi dapat di jelaskan bahawa memainkan peranan yang penting untuk kesimbangan dan keadilan terhadap stratifikasi dan ketaksamaan sosial di Malaysia. Ini menujukkan bahawa TMK dapat mengubah masyarakat dalam pelbagai bidang yang diceburi dan diminati. Perubahan yang baik ini diharapakan berkekalan demi keselesaan dan kebebasan masyarakat untuk mengubah kehidupan seharian dengan lebih baik. TMK bukan sahaja memberi keseimbangan dalam pelbagai perkara malahan menawarkan pekerjaan kepada masyarakat mengikut kemahiran yang ada pada individu itu. Oleh itu pekerkembangan TMK sudah tentu memberi kesan yang positif kepada individu, masyarakat dan negara.
           

Rujukan
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2002. Komunikasi Di Tempat Kerja. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Kantayya Mariapan. 2000. Ketidaksamaan Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.

Musa Abu Hassan. 2002. Peranan Dan Penggunaan ICT Di Kalangan Masyarakat. Kuala Lumpur : Universiti Putra Malaysia.


Zawiyah Mohamad Yusof. Sains Sosial & Teknologi Maklumat Edisi Ketiga. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.   

No comments:

Post a Comment