Thursday 6 November 2014

TRADISI GEOGRAFI

Tradisi Ruangan

Tradisi Ruangan merupakan tradisi geografi yang paling utama daripada tiga tradisi yang lain. Tradisi ruangan adalah sangat umum kerana semua yang ada dalam bumi ini adalah ruang. Oleh itu tradisi ini telah diwujudkan untuk menjelaskan fenomena dunia dari segi ruang. Ruang mempunyai kedudukan dan arah yang relatif, terutamanya bila suatu bahagian dari daerah tersebut direka sedemikian rupa untuk tujuan tertentu. Sebagai contohnya daerah Kudat Sabah ia berhampiran dengan laut kerana memudahkan pembinaan pelabuhan, mudah menjalankan aktiviti perikanan, dan sebagainya. Manusia memilih ruang yang strategik kerana mudah untuk menjalankan aktiviti dalam kehidupan seharian.   
Kewujudan tradisi ruangan juga bertujuan untuk meneroka fenomena geografi yang mempunyai ruang yang luas dan bagaimana kita sebagai manusia mentafsir ruang fizikal di sekeliling kita. Ruang yang ada di dunia ini diterokai oleh manusia untuk pelbagai kegunaan dan kepntingan kepada manusia itu sendiri. Misalnya penerokaan untuk tujuan pertanian, pembalakan, petempatan dan sebagainya. Boleh dikatakan bahawa ruang sangat penting kepada manusia. Setiap manusia juga mempunyai persepsi yang berbeza untuk mendefinisikan pelbagai bentuk muka bumi yang ada di sekeliling kita. contohnya tanah rata sesuai untuk petempatan manusia dan pantai semujadi pula sesuai dikunjungi oleh pelancong.
Tradisi ini juga menekankan kepada persoalan geometri iaitu hubungan-hubungan keruangan dan perpindahan keruangan. Ini bermaksud setiap ruang itu ada interaksi dan saling memerlukan antara satu sama lain. Misalnya tanah subur sesuai untuk penanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain. Begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan di antara tanah, cahaya matahari dan air hujan masing-masing ada hubungan dan saling melengkapi untuk tujuan tetentu. Pola adalah susunan geometri yang teratur, pola boleh berbentuk barisan linear,rawak dan bertaburan. Contohnya, pola penempatan penduduk sepanjang jalan raya, atau sungai yang digunakan untuk lalu lintas dan memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat lain serta memudahkan urusan seharian berjalan dengan lancar.
Ruang adalah di mana kewujudan manusia itu berada dan ahli geografi menggunakan tradisi ini untuk mengkaji dan menjelaskan kewujudan pelbagai pola dan hubungan manusia dengan ruang serta bagaimana mereka mempengaruhi ruang yang mereka huni. Petempatan awal manusia adalah berdekatan dengan sungai, dan ada juga tingal dalam gua. Oleh itu wujud persoalan mengapa manusia tinggal berhampiran dengan sungai atau tinggal dalam gua. Adakah pemelihan petempatan itu sesuai dan penting kepada manusia?. Pemilihan ruang ini memang ada tujuan yang tersendiri seperti mudah menangkap ikan, mempunyai tanah subuh, perlindungan dan perhubungan. Begitu juga pada masa kini manusia membina rumah berhampiran dengan jalan raya untuk memudahkan perhubungan dan menjalankan aktiviti seharian.
Selain itu, ruang dalam istilah umum bermaksud satu bidang dalam tiga dimensi di mana objek mempunyai koordinat relatif antara satu sama lain. Bidang tiga dimensi merangkumi komponen sistem bumi atau sumber alam iaitu atmosfera, biosfera,dan litosfera serta hidrosfera yang termasuk dalam bidang geografi fizikal. Komponen atmosfera atau sistem atmosfera merupakan lapisan udara yang terdapat di sekeliling bumi. Sumber utama dalam atmosfera adalah udara yang mengandungi gas, wap air, asap dan partikel-partikel terampai. Komponen biosfera dihuni oleh hidupan termasuklah manusia, tumbuh-tumbuhan, dan haiwan. Contohnya tumbuh-tumbuhan sebagai pengeluar makanan bagi haiwan dan manusia seperti kangkung, bayam, sawi, ulam-ulaman dan pelbagai tumbuhan hijau yang lain. Komponen litosfera pula merujuk kepada lapisan luar bumi yang sangat pejal dan membentuk kawasan daratan iaitu benua dan pulau serta dasar lautan. Manakala komponen hidrosfera meliputi tasik, laut, paya, kolam, dan sungai. Kempat-empat komponen sistem bumi ini adalah saling berkaitan dan memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, ruang boleh dikatakan terlalu luas untuk dikaji oleh ahli geografi kerana merangkumi semua yang ada di bumi ini.
Dapat disimpulkan bahawa tradisi keruangan ini amat luas dan bersifat umum. Oleh itu ruang itu perlu dipilih oleh manusia untuk kepentingan dan kegunaan dalam pelbagai aspek. Ini kerana tradisi ini merangkumi setiap satu daripada tiga tradisi geografi, di mana setiap ruang berkaitan dengan tradisi tersebut. Ruang merupakan asas kepada setiap tradisi geografi. Setiap ruang di dunia ini mempunyai persamaan, perbezaan, dan kepentingan yang tersendiri dan tujuan tertentu.


Tradisi wilayah

Tradisi wilayah merupakan tradisi yang kedua dalam geografi. Dalam kajian geografi, wilayah diertikan sebagai suatu bahagian dalam permukaan bumi yang mempunyai ciri-ciri khusus atau khas tersendiri yang menerangkan satu keseragaman atau kehomogenan sehingga dengan jelas dapat dibezakan dari wilayah-wilayah lain di kawasan sekitarnya. Ciri-ciri khas dari suatu wilayah adalah berupa keadaan alam, ekonomi, demografi dan sosial-budaya. Beberapa contoh wilayah yang ada di permukaan bumi adalah kawasan hutan hujan tropika, zon daratan rendah, Amerika Latin (kawasan budaya), kawasan pertanian dan kawasan semulajadi.
Secara umumnya suatu wilayah dapat dibezakan menjadi dua, iaitu wilayah formal dan wilayah fungsional. Pengertian wilayah formal serupa dengan definisi wilayah secara umum, iaitu suatu daerah atau kawasan di muka bumi yang mempunyai ciri-ciri yang khas sehingga dapat dibezakan dari wilayah lain di sekitarnya.
Tradisi wilayah merupakan kajian yang berkaitan dengan kawasan atau tempat. Tradisi ini juga dikenali sebagai tradisi kawasan atau lokasi. Oleh itu kajian ini lebih berfokus kepada kawasan dan tempat. Ini bermakna di mana-mana kawasan boleh dikaji oleh ahli geografi untuk mengetahui apa yang dilakukan dan apa yang berlaku di suatu wilayah tersebut. Setiap kawasan atau tempat juga mempunyai perbezaan dan ia boleh dibandingkan dengan wilayah dan kawasan lain. Sebagai contohnya, di Bandar lebih padat penduduk berbanding di luar Bandar yang jarang penduduknya. Antara dua kawasan yang dibezakan itu bukan satu sahaja perbezaan yang diperolehi oleh peyelidik atau pengkaji. Tetapi bayak lagi faktor yang mempengaruhi di kawasan tersebut yang membezakan antara satu tempat dengan tempat yang lain.
Ahli geografi telah membahagikan dunia kepada daerah yang lebih kecil untuk memudahkan peyelidikan yang lebih khusus. Ini supaya kajian yang dijalankan oleh peyelidik dapat dilihat dengan jelas dan mempunyai dapatan kajian yang lebih tepat. Di Malaysia terdapat 13 negeri dan 2 wilayah (wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan) di mana membahagikan negeri itu kepada daerah dan setiap dearah pula adanya kampung-kampung. Pembahagian ini wujudlah lokasi di ruang permukaan bumi ini. Lokasi adalah lebih khusus atau spesifik berbanding dengan tempat atau kawasan yang masih besar skop kajiannya.

Geografi percaya ada hierarki kawasan, kecil ke besar dan sebaliknya yang mempunyai hubungan fungsinya. Hierarki kawasan ada peringkat-peringkat kewujudan suatu kawasan. Misalnya, pada awalnya Bandar bermula daripada perkampungan, seterusnya adalah menjadi daerah dan akan berkembang kepada bandar. Perkembangan ini harus dikaji mengapa ia menjadi bandar dan apa yang dilakukan oleh manusia sehingga suatu tempat itu berkembang menjadi bandar. Perkembangan ini mungkin berlaku kerana  dipengaruhi oleh sumber alam, kepadatan penduduk dan perindustrian yang pesat berlaku. Ini bermakna perkembangan bandar itu mempunyai hubungan dengan ruang dan aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Oleh itu apabila ruang dimanfaatkan dengan baik ia akan membawa suatu kawasan itu menjadi bandar.
Tradisi ini juga dikatakan salah satu konsep yang mudah dalam geografi. Ini kerana suatu kawasan itu cuma dilihat daripada perbezaannya sahaja. Namun ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa ia sukar difahami. Ini kerana suatu kawasan (tempat) itu boleh menadi dari mana-mana saiz dan harus ditentukan. Ini menjadi sukar kepada sesetengah pihak kerana sukar menentukan tempat yang lebih tepat. Bagi mengatasi masalah ini harus ada sempadan di setiap tempat untuk membezakan satu tempat kepada tempat yang lain. Misalnya kawasan Kota Kinabalu Sabah dengan Pinampang Sabah mempunyai sempadan yang membezakan kedua-dua kawasan ini. Sempadan antara kawasan ini perlu supaya apa sahaja yang dikaji di kawasan tersebut tidak terlalu luas dan mempunyai skop yang kecil. Oleh itu bagi mereka yang mahu, kajian kawasan ini boleh dianggap sebagai seni dan tradisi ruang ilmu.
Dalam tradisi wilayah ini juga definisi dan deskripsi wilayah dan kawasan adalah berbeza. Persepsi manusia terhadap suatu wilayah dan kawasan masing-masing  mendefinisikan dan menjelaskannya. Wilayah pertanian, wilayah budaya (Amerika Latin), dan wilayah hutan hujan tropika mempunai maksud dan penjelasan yang tersendiri. Misalnya wilayah pertanian ini khas untuk menanam padi, buah-buahan, ubi dan sebagainya. Wilayah pertanian ini sesuai untuk pelbagai tanaman kerana mempunyai tanah yang subur. Ini salah satu contoh persepsi manusia mengenai wilayah pertanian ini. Begitu juga dengan kawasan mengapa suatu kawasan itu dipilih untuk perlombong, petempatan dan pelancongan.
Secara kesimpulannya, tradisi wilayah mempunyai kaitan dengan tradisi yang lain khusunya tradisi keruangan. Namun tradisi ini lebih berfokus kepada wilayah, kawasan (tempat) dan lokasi untuk kajian dalam bidang geogafi fizikal dan manusia.

Rujukan

Bambang Utoyo, (2007). Geografi: Membuka Cakrawala Dunia. Penerbit PT Setia Purna Inves,Jl. Pasirwangi 1(Pasirluyu) No. 2 Soekarno-Hatta, Bandung 40254.

Getis Artur, Bjelland Mark & Getis Victorian (2013). Introdution To Geography (14th Edtion). Published 2013 by Mcgraw-Hill Science/Engineering/math.

Rosnah Haji Salleh, Shukri sulaiman & Che Zainon shafie (2007). Geografi fizikal. Arah Pendidikan Sdn Bhd.


Wednesday 29 October 2014

ETNIK PAITAN DI SABAH


PENGENALAN

  •      Bahasa Keluarga Paitan terdiri daripada kira-kira 5 bahasa dituturkan.  Tinggal di sepanjang sungai timur di bahagian utara dan tengah Sabah (sering dipanggil "Orang Sungai")
  •      Tombonuo (Tambanua) Pitas
  •           Atas Kinabatangan
  •          Abai Sungai
  •           Lobuu (Lobu)
  •           Lingkabau kini dikelaskan sebagai dialek Tombonuo
  •           Ada yang termasuk Idahan / Begak dengan keluarga ini
  •          Orang Paitan daripada (Milan) kawasan Hulu Kinabatangan bercakap dialek dari dua bahasa-Atas utama Kinabatangan dan Lobuu
  •          Lobuu mempunyai 2 dialek-Lobuu dan Rumananu
  •          Bahasa Atas Kinabatangan mempunyai lima dialek- Makiang, Kalabuan, Sinabu, Aur dan Kuamut
  •         Setiap cawangan sungai mempunyai dialek sendiri
  •         Sama sekali, semua orang-orang ini berjumlah lebih 10,000



    Kegiatan Sosioekonomi Tradisional
  • Perladangan berpindah serta memburu dan mengumpul
  • Penanaman padi kering - pembahagian kerja mengikut jantina (lelaki mempunyai tugas-tugas berat, wanita dan anak-anak potong rumput, menjaga burung)
  •  Murogop = usaha kerjasama / pertukaran (gotong royong)
  • Wanita membantu laki-laki, memancing, membimbing sampan, memotong ikan
  • Wanita terlibat dalam berkebun
  • Lelaki membina rumah
  • Wanita mengumpulkan kayu bakar
  • Kedua-dua lelaki dan wanita membuat bakul dan tikar tidur
Pola Tempat Tinggal/Kediaman
  • Dahulu, Makiang tinggal di rumah panjang (’bininatang’)
  • Rumah panjang mempunyai 30 hingga 40 setiap pangsapuri
  • Kini rumah tunggal tersebar luas (waloy) di antara sawah padi, bersama-sama anak sungai
  • Pangsapuri rumah panjang tradisional kini telah disesuaikan dengan banyak sambungan ke dalam sebuah rumah yang besar
  • Pada masa kini, kebanyakan orang dari hulu sungai mempunyai rumah kedua di Tongod, dekat pejabat-pejabat kerajaan dan Gereja Anglican
  • Kanak-kanak sering tinggal di sini dengan saudara-mara sepanjang tahun persekolahan, dan pulang ke rumah pada musim cuti
  • Dengan itu kawasan kampung yang tersebar di atas anak sungai

Keturunan dan Kekeluargaan
  • Masyarakat bilateral & keturunan
  • Sampuupuru ("satu kumpulan") = keluarga suami isteri
  • Kinapuupuruan = apa-apa jenis rumah tangga
  • Puangko '= adik-beradik dan sepupu pertama yang seseorang itu tidak boleh berkahwin
  • Sususakat = dua hala keluarga yang kita tidak boleh berkahwin (sehingga 3 generasi)
  • Paragraf =  hubungan keluarga yang jauh



Perkawinan
  •  Pilihan dalam pasangan kahwin; penggunaan perantara
  •  Muilug - perbincangan antara kedua-dua keluarga (ayah gadis, yang paling penting)
  •  Mupogong - pertunangan rasmi
  •  Mas kawin atau buru 'ditentukan atas dasar rikin atau unit nilai barang-barang berharga tidak boleh ditukar (gong, tempayan, barang kemas dan lain-lain) misalnya. 1 gong = 30 rikin
  • Item Buru '= sehingga 300 rikin (nilai rikin tidak digunakan jika wang yang terlibat)
  • Sumbang mahram (tabu )- sehingga sepupu 3
  • Sonsob - denda upacara untuk perkahwinan sepupu 1 dan 2
  • Sonsob untuk perkahwinan sepupu 1 (pinsan ungkiat )
  • = 7 babi disembelih pada hari perkahwinan dan satu untuk setiap tahun berikutnya; darah berlumuran di seluruh susuakat pengantin perempuan dan pengantin lelaki
  •  (babi domestik sangat langka dan mahal)
  • Sonsob untuk perkahwinan sepupu 2 (pinsan induo) diputuskan di muilug
  • Pitas untuk sepupu-3 (pinsan Intalu) Perkahwinan = 1 babi domestik
  • Ini jenis perkahwinan adalah perkara biasa
  • Kapuguyud = mengamalkan perkahwinan dua adik-beradik atau pertukaran
  • biasanya 2 saudara berkahwin 2 saudara perempuan, kadang-kadang pertukaran adik-adik
  • Liu = silih antara tempat tinggal uxorilocal dan virilocal jika keluarga yang tidak mempunyai anak-anak perempuan (Seorang laki-laki harus membantu ayah mertua dan ayahnya)
  • Memutuskan muilug 
  • Sesekali neo-tempatan tinggal
Hubungan gender
  •  keseimbangan jantina
  •  Anak perempuan penting dalam keluarga
  •  Dahulu Wanita  menjadi maniau atau ritual pakar
Afiliasi keagamaan
  • Hari ini kebanyakan Makiang di sekitar Tongod adalah Kristian Anglikan; hilir di Kota Kinabatangan (sebelumnya Bukit Garam), Muslim meningkat dan beberapa anggota SIB muncul
Music ensemble
  • Anak laki-laki memainkan Kulintangan di sampasang no ensemble Kulintangan di Gereja Anglikan Epipani, Tongod
  • Sampasang no Gabang

Tuesday 28 October 2014

MASYARAKAT TRADISIONAL RUNGUS MOMOGUN DI SABAH

Pengenalan
  • Rungus mendiami 2/3 di daerah Kudat, matunggong, Pitas, dan tanah di selatan Teluk Marudu.
  • Bahasa Rungus adalah termasuk dalam kumpulan kadazandusun

Sistem Sosioekonomi
  • Rungus mempunyai satu sistem pertanian tradisional paling maju di borneo
  • Mereka mempunyai ladang pertanian: contohnya menanam padi bukit, jagung. Mereka juga mempunyai kebun bauah-buahan: timun, labuk. Mereka juga mempunyai kebun buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Memeihara babi, ayam, anjing dan kucing
Organisasi sosial

Keturunan, Jantina dan Tempat tinggal
  •  Keturunan dua hala
  •  Eskimo istilah jenis kekeluargaan Rungus.
  •    Keseimbangan jantina
  •    Hidup di kampung yang terdiri daripada dua atau tiga perkampungan desa:perkampungan desa mempunyai  1-3 rumah panjang.
  •    Rumah panjang  terdiri daripada 4 hingga 40 bilik bergabung dari timur ke barat
  •    Setiap bilik biasanya diduduki oleh keluarga suami isteri
Perkhawinan Dalam Masyarakat Rungus
  •    Eksogami berkenaan perhatian berat semua saudara-mara, dan sejauh sepupu ketiga
  •    Monogami = norma; poligami adalah jarang berlaku, poliandri tidak diketahui
  •    Disahkan oleh mas kawin (atau harga pengantin perempuan, tidak turun) atau buru, yang terdiri daripada gong, barangan loyang, guci dari Dapu itu '(bentuk pusaka) dari keluarga suami.
  •    Suami dan istri mesti mitabang (balance)
  •    Tempat tinggal selepas perkahwinan adalah uxorilocal (tinggal bersama)
  •    Rungus mempunyai moral yang tinggi, seperti kebanyakan orang di Borneo. Perzinahan, percabulan, dan sumbang mahram adalah dilarang, dan dipercayai menanggung hukuman berat dari dunia spritural. 

Hubungan Gender
  •    Kedua-dua lelaki dan wanita boleh menjadi bobolizan, tetapi (medium pendeta wanita / roh / dukun / pakar ritual) hanya bobolizan perempuan boleh berkomunikasi dengan semangat roh luma'ag dengan lebih berkuasa, sedangkan bobolizan lelaki tidak.
  •    Bobolizan perempuan lebih berkuasa daripada lelaki; mereka boleh melakukan secara sedar (rundukan / rundikon) dan melakukan pelbagai ritual yang berkaitan dengan kesuburan tanaman, ternakan dan manusia, penyembuhan, rumah-penyejukan dan upacara lainnya
  •    Bobolizan lelaki hanya melakukan upacara-upacara yang berkaitan dengan tanah


Tuesday 14 October 2014

Kelemahan Analisis Data Sekunder


  1.    Kadangkala data berat sebelah dan tidak sesuai dengan tujuan kajian tertentu
  2.    Data terlalu luas sehingga  terjadi kekeliruan
  3.    Biasanya tidak dikemas kini sehingga ia perlu dianalisis semula dengan tambahan data tertentu
  4.    Data lama ini kadangkala kurang kesahihannya
  5.    Definisi konsep mungkin berbeza dengan kajian yang lain

PANDANGAN DUNIA MURUT TIMUGON ( THE TIMUGON WORLDVIEW)


Alam Semesta
  •       Bumi atau Tana dikelilingi oleh lapisan kosmik atau alam
  •       Di atas bumi dikenali sebagai intangan (dunia tengah) dan rasawat (dunia atas), didiami oleh masundu atau semangat yang baik yang  membimbing manusia ke dunia selepas kematian
  •       Bawah bumi adalah ragana (dunia yang lebih rendah) didiami oleh riwato atau roh-roh jahat dan hantu orang yang jahat. Mereka bersiar-siar di antara ragana dan tuna untuk menganggu manusia.
  •       Nabalu (dari walu atau 8) adalah abadi, di luar 7 alam (kediaman orang yang baik setelah mereka mati)
  •       Aki kapuuno, pencipta, melebihi semua ciptaan
  •       Hidup dalam setiap satu daripada alam kosmik adalah lebih kurang sama seperti dalam kehidupan fizikal
  •       Ambivalensi (dua perasaan yg bertentangan) - baik / jahat, takut putih, pelangi, 


Diri Sendiri/ Manusia
Diri yang berkesan  mempunyai 6 lapisan
  • Guang- makhluk batin, jantung, intipati sebenar manusia
  • Inan- badan, pemberian hak seseorang (personhood)
  • Saliguor- semangat bumi, sebahagian daripada diri yang kekal di bumi selepas mati
  • Painawo - nafas atau kekuatan hidup, dilampirkan dengan benang nipis; boleh bersiar-siar di sekeliling apabila seseorang sedang tidur; semua hidupan mempunyai ini
  • Ambiluo- roh seseorang yang mati; sebahagian diri yang masuk ke akhirat
  • Inggalan- seseorang mempunyai 2 nama 
Pencipta 


  • I Aki kopuuno adalah Tuhan pencipta, datuk kepada kemulian atau permulaan
  • Sebelum ada kemuliaan atau permulaan, I Aki Kopuuno ini sudah wujud di dunia
  • Menurut Orang Murut Timugon I Aki Kopuuno ini melancarkan tikar tidur dan dunia, manusia dan beras (mempunyai semangat) tumbuh
  • Menurut mereka juga mereka adalah keturunan dari seorang lelaki yang terselamat dari bencana banjir dan istrinya diperbuat daripada tanah liat dan jus kacang sirih oleh makhluk seperti malaikat.
Semangat Padi (ambiluo ra bilor)
  • Setiap individu dalam Murut Timugon ini tahu atau sedar akan kepentingan semangat padi ini.
  • Dalam masyarakat Murut Timugon, aktiviti menanam padi mestilah dilakukan dengan baik.
  • Oleh itu, adalah penting untuk mengadakan aktiviti sosial dan majlis keramaian seperti makan-makan dan meminum wain beras untuk mewujudkan suasana yang harmoni.
Hubungan Manusia Dengan Alam
  • Kehidupan manusia di muka bumi, manusia adalah makhluk paling rumit yang di cipta kerana manusia melibatkan peperangan antara yang baik dan jahat.
  • Terdapat 3 musuh dalam kehidupan.
Sesama Manusia
  • Manusia perlu hidup bermasyarakat
  • Syak wasangka
Semangat Jahat
  • Bertentangan dengan diri
  • Sangat ditakuti
  • Sangat Jahat (riwato)
  • babalian diperlukan untuk upcara keagamaan, menyembuh penyakit