Monday 23 December 2013

ICT INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY

PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TERHADAP STRAFIKASI DAN KETAKSAMAAN SOSIAL DI MALAYSIA

                                            PENGENALAN

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan suatu bidang yang saling berkaitan dan mempunyai peranan atau fungsi dalam pelbagai bidang dan juga kepada masyarakat. Teknologi maklumat dan komunikasi sering digunakan oleh individu, masyarakat, organisasi, jabatan kerajaan dan sebagainya untuk kepentingan tertentu dan membantu melakukan tugas dengan mudah dan pantas. Teknologi maklumat adalah kaedah, peralatan dan perisian yang terlibat dalam proses penjanaan maklumat, pengumpulan maklumat, pemprosesan maklumat, pengurusan maklumaat, penyebaran maklumat dan penyimpanan maklumat (Musa Abu Hassan, hlm,7, 2002). Komunikasi pula merujuk kepada pemindahan atau penyampaian mesej daripada satu pihak kepada pihak yang lain (Abdullah Hassan & Ainon, 2002). Komunikasi merupakan perkongsian maklumat antara individu, kumpulan, organisasi dan khalayak atau masyarakat. Secara amnya teknologi maklumat dan komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi. Teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu computer, komunikasi dan tahu menggunakannya. Gabungan ketiga-tiga ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan Berjaya.

Stratifikasi Sosial

Strafikasi sosial berasal daripada istillah Inggris iaitu stratified yang membawa maksud ‘susun lapis’. Susun lapis masyarakat pula merujuk kepada susunan sesuatu masyarakat kepada satu hieraraki atau kedudukan yang tidak sama rata daripada segi kuasa, harta penilaian sosial dan kepuasan sosial (et.al Rohana, hlm 59, 2006). Selain itu, stratifikasi sosial juga merujuk kepada struktur sosial dalam masyarakat yang berperingkat-peringkat. Masyarkat akan dibezakan mengikut pencapaian, pendidikan, kekayaan, kepimpinan atau politik dan sebagainya yang menunjukkan ciri-ciri struktur masyarakat. Stratifikasi sosial terbahagi kepada tiga jenis iaitu estet, kasta dan kelas sosial. 
Jenis Stratifikasi sosial yang pertama ialah kasta. Kasta merujuk kepada perwarisan atau keturunan yang diperolehi oleh generasi yang seterusnya. Sekiranya individu yang kastanya ialah vaisya maka anaknya juga sama seperti dia. Ini bermakna masyarakat tidak bebas dalam mengubah kedudukannya. Individu yang tergolong dalam kasta ini juga harus memilh kasta yang sama dalam perkahwinan, hubungan dengan kelompok sosial lain juga terbatas, taat pada norma kasta dan kasta diikat oleh kedudukan yang sama secara tradisional yang telah ditetapkan. Sistem ini diamalkan di India dan juga di Negara lain. Di India sistem kasta terdiri daripada brahman, vaisya, kastria dan sudra. Kasta brahman merupakan kasta para pendeta yang dipandang sebagian lapisan tertinggi. Kasta kastria pula ialah orang-orang bangsawan dan tentera yang dipandang sebagai lapisan kedua. Kasta vaisya merupaka kasta para pedagang yang dianggap sebagai lapisan menengah. Manakala sudra adalah rakyat jelata di India. Orang yang tidak berkasta pula dipanggil sebagai paria. Kasta ini juga dikenali sebagai stratifikasi sosial tertutup. Jenis sosial ini tidak sesuai di Malaysia.

Bentuk sosial yang kedua ialah estet. Estet hampir sama dengan kasta, namun terdapat perbezaan yang dapat dilihat dengan jelas. Ini kerana estet diukur berdasarkan kekayaan, kekuasaan, pemilikan tanah, dan sebagainya. Bezanya dengan kasta ialah estet tidak mempunyai paria dan mempunyai sedikit kebebasan untuk mengubah lapisan dalam masyarakat. Sistem ini masih ada di Eropah, walaupun sistem ini sudah lama digunakan. Jenis sosial ini juga kurang sesuai di Negara ini.

Jenis stratifikasi sosial yang seterusnya ialah kelas sosial atau dikenali sebagai stratifikasi sosial terbuka. Kelas sosial merujuk kepada golongan atasan, golongan menengah dan golongan sederhana. Pada masa kini kelas sosial diukur berdasarkan kepada pendidikan, kemahiran, pencapaian dan sebagainya yang boleh mengubah struktur sosial. Oleh dalam kelas sosial ini individu berpeluang untuk mengubah kedudukannya berdasarkan usah yang dilakukannya. Sebagai contoh, orang yang rajin berusaha belajar akan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana mempunyai pendidikan yang baik.

Ketaksamaan Sosial

Ketaksamaan sosial saling berkaitan dengan stratifikasi sosial, namun masih ada konsep dan maksudnya yang tersendiri. Ketaksamaan sosial merujuk kepada penyusunan anggota masyarakat ke dalam kedudukan atau kelompok yang memiliki sumber atau ciri yang dihargai dalam masyarakat ( Kantayya, 2002). Menurut Zawiyah (2008), ketaksamaan sosial adalah satu konsep umum yang merangkumi apa-apa bentuk penyusunan manusia ke dalam kedudukan sosial yang tidak sama rata. Oleh itu ketaksamaan sosial dapat dilihat dalam ketidakseimbangan dari segi aspek layanan dan kepuasan dalam struktur ekonomi, kaum dan gender. Dari segi ekonomi dapat dilihat bahawa orang bawahan mungkin hanya boleh bertani di mana golongan ini kurang bebas untuk mengubah bidang tersebut kepada bidang yang lain. Selain itu, dalam pekerjaan juga terdapat perbezaan antara lelaki dan wanita.

Peranan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Terhadap Stratifikasi Sosial Di Malaysia

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia telah mempengaruhi pelbagai transformasi telah berlaku. Teknologi maklumat dan komunikasi bukan sahaja memberi peranan kepada bidang ekonomi, pendidikan, dan kerajaan malahan telah mempengaruhi perubahan kepada stratifikasi sosial di Malaysia. Di mana, teknologi maklumat dan komunikasi membuka peluang kepada masyarakat untuk mengubah kedudukannya tanpa ada halangan dan belenggu nilai tertentu. Sebelum teknologi maklumat dan komunikasi berkembang di Malaysia kita boleh imbas kembali struktur sosial di Tanah Melayu sebelum British memerintah Tanah Melayu, di mana susun lapis masyarakat ketika itu tidak bebas untuk mengubah keduduknya. Ini kerana susun lapis masyarakat yang berbeza-beza mengikut kedudukan, kekuasaan dan perwarisan yang diturunkan kepada generasi yang seterusnya. Sebagai contohnya, jika satu keluarga adalah golongan petani dan pedagang maka pekerjaan yang sama akan diwarisi oleh genarasi yang seterusnya. Hal ini kita boleh lihat bahawa masyarakat di Tanah melayu sebelum kedatangan kuasa barat tidak bebas untuk mengubah struktur sosialnya.

 Setelah teknologi maklumat dan komunikasi berkembang dengan pesat masyarakat tidak ada halangan lagi untuk mengubah struktur sosialnya. Ini kerana pelbagai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi membantu mencapai kejayaan dalam kehidupan masyarakat. Individu yang menceburi dalam perniagaan tidak lagi seperti dahulu di mana kedudukannya masih dianggap golongan bawahan atau kurang dihormati oleh masyarakat yang berkedudukan tinggi. Kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan perniagaan satu individu berkembang dengan mudah sehingga ia menjadi kaya dan mempunyai pendapatan yang mendadak. Ini kerana pengunaan TMK seperti Internet untuk mempromosikan barangan atau produk telah membantu meningkatkan pendapatan malahan mengubah susun lapisnya kepada golongan atasan. Oleh itu kita boleh simpulkan bahawa kemajuan dalam TMK mampu mengubah kedudukan satu individu tanpa ada halangan pihak lain.

Teknologi maklumat dan komunikasi juga mampu mengubah sistem pekerjaan tanpa mengira kedudukan sosial dalam masyarakat. Merujuk kepada sejarah Tanah Melayu sebelum kedatangan British, dapat dilihat bahawa sistem pekerjaan adalah mempunyai batasan tertentu. Di mana golongan bawahan tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam kerajaan. Golongan bawahan hanya boleh bekerja dalam bidang pertanian, perikanan dan sebagainya. Manakala golongan atasan boleh menjawat jawatan kerajaan dengan lebih baik kerana perwarisan dan keturunan diutamakan ketika itu. Apabila wujunya teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia boleh dilihat bahawa penawaran pekerjaan itu tidak lagi berdasarkan keturunan atau perwarisan tetapi diukur berdasarkan kelayakan pendidikan, kemahiran, pencapaian, dan pengalaman. Ini kerana TMK memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak melihat kepada rekod kejayaan keluarga yang seterusnya diwarisi kepada generasi baru walaupun ia tidak layak untuk mengantikannya dalam pekerjaan tertentu. TMK juga membantu memajukan bidang pertanian dan perindustrian. Oleh itu pekerjaan dalam bidang industri dan pertanian boleh meningkatkan pendapatan individu dengan bantuan peralatan teknologi yang canggih. Sebelum TMK maju di Malaysia mereka yang bekerja dalam bidang perindustrian dan pertanian adalah golongan yang rata-ratanya adalah miskin.

Peranan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi terhadap Ketaksamaan Sosial di Malaysia

Teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia juga memainkan peranan yang penting kepada ketaksamaan sosial. Ketaksamaan sosial di Malaysia merupakan satu isu yang sering diberi perhatian oleh masyarakat. Ini kerana masyarakat di Malaysia mempunyai pelbagai kaum, agama, dan budaya. Hal ini kemungkinan faktor kepada berlakunya ketaksamaan sosial di Malaysia. Namun dengan ada teknologi maklumat dan komunikasi perkara ini akan dikurangkan atau boleh diatasi dengan baik.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia membantu merapatkan jurang dalam pendidikan antara luar Bandar dengan Bandar. Sebelum perkembangan TMK di Malaysia penduduk luar Bandar sering diabaikan dari segi pembangunan dan bantuan yang kurang disalurkan kepada masyarakat luar Bandar. Hal ini menyebabkan luar Bandar banyak ketinggalan dalam bidang pendidikan kerana kurangnya pembangunan di yang dilakukan oleh kerajaan. Namun perkembangan TMK yang begitu pesat kerajaan telah menyalurkan peruntukan di luar Bandar untuk membina pelbagai kemudahan seperti makmal komputer atau bilik komputer, di setiap sekolah, rangkaian jalur lebar dan sebagainya. Usaha pembinaan TMK di luar Bandar ini supaya masyarakat luar bandar mempunyai kemudahan seperti masyarakat bandar.

Teknologi maklumat dan komunikasi juga berperanan untuk merapatkan jurang antara masyarakat iaitu dari segi pemerolehan maklumat dan pengetahuan semasa. Pengunaan TMK seperti internet dapat memberi maklumat kepada masyarakat setelah melayari internet di sekolah atau di rumah. Pengunaan internet juga boleh digunakan untuk mencari maklumat dan berkongsi maklumat dengan pantas melalui website, website berita, dan sebagainya yang boleh menambah ilmu pengetahuan masyarakat. Selain itu juga, masyarakat luar bandar dengan bandar juga boleh berbincang mengenai pelajaran  dengan rakan melalui pembinaan kumpulan dalam laman sosial (facebook). Hal ini akan menambah ilmu pengetahuan serta merapatkan hubungan yang baik anatara pelajar. Penduduk luar bandar juga boleh menjimatkan masa dan kos kerana ada perkhidmatan perbankan secara talian yang boleh digunakan untuk memindahkan wang kepada akaun bank yang sama atau yang lain. oleh itu perkembangan TMK di luar bandar memberi faedah kepada masyarakat dan setaraf dengan masyarakat bandar. Ilmu pengetahun masyarakat luara bandar juga setanding dengan penduduk bandar.

Kesimpulan

Teknologi maklumat dan komunikasi dapat di jelaskan bahawa memainkan peranan yang penting untuk kesimbangan dan keadilan terhadap stratifikasi dan ketaksamaan sosial di Malaysia. Ini menujukkan bahawa TMK dapat mengubah masyarakat dalam pelbagai bidang yang diceburi dan diminati. Perubahan yang baik ini diharapakan berkekalan demi keselesaan dan kebebasan masyarakat untuk mengubah kehidupan seharian dengan lebih baik. TMK bukan sahaja memberi keseimbangan dalam pelbagai perkara malahan menawarkan pekerjaan kepada masyarakat mengikut kemahiran yang ada pada individu itu. Oleh itu pekerkembangan TMK sudah tentu memberi kesan yang positif kepada individu, masyarakat dan negara.
           

Rujukan
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2002. Komunikasi Di Tempat Kerja. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Kantayya Mariapan. 2000. Ketidaksamaan Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.

Musa Abu Hassan. 2002. Peranan Dan Penggunaan ICT Di Kalangan Masyarakat. Kuala Lumpur : Universiti Putra Malaysia.


Zawiyah Mohamad Yusof. Sains Sosial & Teknologi Maklumat Edisi Ketiga. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.   

Thursday 19 December 2013

Lada Tuhau Makanan Tradisional Sabah

                                                   LADA TUHAU                

Video ini salah satu tugasan Kumpulan dalam subjek Asas periklanan. Dalam video ini kami mempersembahkan satu makanan tradisional yang cukup dikenali oleh seluruh masyarakat yang terdapat di negeri Sabah. Makanan tradisional ini dikenali sebagai 'Tuhau' . Makanan tradisional ini merupakan makanan yang asli tanpa sebarang pengawet yang dicampurkan. Ini kerana 'Tuhau' dibuat daripada pokok Tuhau sendiri iaitu batang pokok tuhau yang yang belum matang atau belum keras, lada yang pedas, dan limau. Jom layan dulu video ini. 

                                                 




Promosi Makanan Tradisional Masyarakat Sabah

TUHAU ASLI





Wednesday 18 December 2013

ASAS PERIKLANAN


Banner ini merupakan tugasan subjek asas periklanan. Banner ini di muatkan dalam blog ini supaya dapat dikongsi kepada rakan-rakan dan pelajar yang ingin mencari contoh banner yang betul. 


Dibuat Oleh Daynester Yunus







Oleh Ryen's





Tuesday 17 December 2013

KOLEKSI BANNER

Banner ini merupakan salah satu tugasan individu dalam asas periklanan. Banner dan ada juga tentatif yang berbeza-beza yang dibuat oleh kawan saya. Banner ini bukanlah yang terbaik dipandangan anda tetapi sekurang-kurangnya menjadi kenangan kami dan menjadi contoh kepada pelajar atau yang ingin mencari contoh-contoh banner untuk menjadi rujukan mereka. 




                                          Banner Oleh Ahmad Azhar                                      

                                                https://www.facebook.com/luahan.hati.7







Oleh Stenoley
                                         https://www.facebook.com/stenoley.gulley
                                                                   











HADIAH PALING DISUKAI KEKASIH

Apakah hadiah yang paling sesuai untuk kekasih anda? Banyak diantara kita khususnya lelaki yang tidak punyai pengalaman bercinta atau pertama kali bercinta tertanya-tanya apa hadiah paling disukai oleh kekasihnya. Apabila tiba hari istimewa si dia contonya hari jadi, hari kekasih (kadang-kadang ada yang menyabutnya), perayaan dan sebagainya. Kita terus berfikir "apa benda yang mau di bagi ya'?. banyaklah dalam fikiran kita yang keluar entah apa yang sesuai. Oleh itu disini saya berkongsi dengan anda beberapa hadiah yang diminati atau disukai kekasih anda.

Sebelum itu, mengapa kita perlu memberikan hadiah kepada si dia? Bagi saya, pemberian hadiah dengan kekasih yang kita cintai bukanlah satu perkara yang mengikut kesukaan dan kelebihan yang kita miliki  tetapi kekurangan dan kemampuan kitalah yang mampu mengikat ke arah hubungan yang lebih erat. Saya tidak jelaskan dengan anda lebih terperinci, kerana kita masing-masing mempunyai maksud yang tersendiri tentang mengapa kita memberikan hadiah kepada si dia. Saya rasa cukup tentang itu, kita beralih pula kepada pesoalan yang anda mahu.



Pertama sekali ramai wanita yang suka akan anak patung. Mengapa ini menjadi kesukaan ramai wanita. Jom kita layan dulu. Saya bersetuju dengan ini kerana saya dah pernah beri hadiah kepada kekasih yang kita cintai ceh... apa pun wanita sejak kecil lagi ibubapa kita menghadiakan anak patung kepadanya atau dibelikan sebagai hiburan atau ketenagan pada waktu kecil. Wanita juga suka anak patung yang buncit dan gemuk kerana sedap untuk di peluk. Cukup untuk penerangan ini kerana anda boleh buktikannya sendiri kepada kekasih yang anda kasihi selalu.






Coklat salah satu kegemaran wanita. Namun anda juga yang tidak suka makan coklat, dengan alasan mempunyai banyak kelestrol yang membuat kita gemuk. Namun anda kajian yang menyatakan bahawa ramai wanita yang menyukainya. Terus terang saya katakan ramai kawan-kawan saya khusunya wanita suka makan coklat. Mengapa ya, mungkin sedap rasa agaknya.. memang sedap pun.. lelaki juga minat makan bukan wanita saja. Macam keluar tajuk pula ya.







Kebanyakan Wanita juga menyukai bunga. Siapa yang dah tahu setiap warna bunga mempunyai maksud tersendiri tentu dia akan memberi bunga yang membawa maksud kepada kekasihnya. Bunga ros dah cukup untuk si dia yang anda cintai selalu... cubalah korang bagi bunga dengan kekasih anda yang membuat dia tersenyum dan sebagai peghargaan tentu anda bahagia dan gembira sama-sama.


Jam tangan juga adakalanya disukai ramai wanita. Bagilah hadiah kekasih anda sekali-sekala jam tangan apa sahaja mengikut kemampuan anda. Ramai yang anggap jam tangan agak mahal, jadi saya saranakan supaya beli jika anda kewangan yang baik.






FIFA 2014



FIFA BAKAL MENGEGARKAN DUNIA PADA TAHUN 2014

Saksikan video ini untuk membuka perhatian dan sokongan pilihan anda pada FIFA 2014 yang bakal tiba.


Monday 16 December 2013

EKO KAMPUS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

                                           

                                       PENGENALAN

Penyelidikan dalam suatu program adalah amat penting untuk membawa keberkesanan dan kejayaan objektif program yang dilaksanakan. Penyelidikan dalam perhubungan awam adalah satu kaedah untuk mengumpul pelbagai maklumat dan data. Berdasarkan maklumat tersebut analisis pengurusan yang seterusnya dapat meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu isu yang menjadi pelaksana aktiviti perhubungan awam.

Kes perhubungan awam yang dipilih ialah program eko kampus di Universiti Malaysia Sabah. EKo Kampus, dari perspektif ums adalah titik rujukan untuk universiti untuk bertindak sebagai pengelola alam sekitar yang menyediakan sebahagian daripada penyelesaian global untuk mencapai kelestarian alam sekitar, mengambil pertimbangan alam sekitar dalam pengajaran di universiti melalui penyelidikan, pengurusan dan amalan aperational. Universiti Malaysia Sabah merupakan universiti yang pertama telah melancarkan pelan tindakan eko kampus yang bermula pada tahun 2013 sehingga 2017. Eko kampus yang dijalankan di UMS ini berdasarkan tiga prinsip iaitu asas inovasi, relevan dan kemampuan. UMS amat sesuai dijadikan sebagai sebuah universiti eko kampus kerana mempunyai banyak flora dan fauna di kawasannya. UMS kini dalam fasa menjadi pusat rujukan yang bertindak sebagai penjaga alam sekitar serta menyumbang kepada usaha global ke arah kecermelangan alam sekitar, penyelidikan, pengurusan dan operasi pada masa akan datang.

Pelaksanaan program eko kampus ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat global ke arah pemabangunan mampan, membolehkan universiti mengenalpasti secara sistematik, menilai, mengurus dan meningkatkan prestasi dan amalan alam sekitar, dan meningkatkan alam sekitar sebagai penanda aras oleh audit luaran sama ada instituisi telah mencapai satu tahap prestasi alam sekitar. Program ini sebagai cara untuk memelihara alam semula jadi atau menggalakkan kebersihan, dan mengurangkan pencemaran serta menggalakkan pelancongan alam semula jadi melalui cara yang tertentu.

Pelan tindakan eko kampus ini menegaskan lima elemen dalam rangka pelan tindakan iaitu pembangunan lestari, perlindungan ekologi, keserasian alam sekitar, pemuliharaan sumber dan pemantauan alam sekitar. Oleh itu program yang dijalankan ini memberi impak yang positif kepada universiti itu sendiri, pelajar, masyarakat dan negara serta kepada global. Program ini dilaksanakan bukan dengan cara yang mudah tetapi memerlukan penyelidikan dalam perhubungan awam untuk memastikan program ini berjaya dan membawa kesan yang baik kepada alam sekitar. Oleh itu sebelum program ini dijalankan pihak UMS telah melakukan beberapa penyelidikan untuk memastikan program ini mencapai objektif. Penyelidikan ini juga mempunyai kepentingan yang tersendiri. Peranan perhubungan awam juga memainkan peranan yang penting khusunya sebelum dan selepas program ini dijalakan untuk memastikan program eko kampus ini berkekalan dan diamalakan oleh pelajar dan kekitangan UMS


                    KEPENTINGAN PENYELIDIKAN EKO KAMPUS UMS

Pelancaran Eko Kampus di Universiti Malaysia Sabah merupakan salah satu tindakan atau langkah yang baik untuk memulakan program eko kampus di universiti ini. Sebelum program ini dilaksanakan pihak tertentu telah melakukan kajian dan penyelidikan supaya program ini boleh dilaksanakan dengan usaha yang tidak sia-sia dan menjimatkan masa serta tenaga. Jika dilihat dari segi kepentingan penyelidkan semamanganya mempunyai banyak kepentingan kerana penyedidikanlah yang menentuk kejayaan suatu program yang dilaksanakan. Penyelidikan yang dilakukan oleh pihak UMS membawa kepada penyelesaian masalah perlaksaan program eko kampus yang bakal di tempuhi di masa akan datang.

Antara kepentingan penyelidikan program eko kampus ialah menjimatkan sumber dan usaha dengan menyelesaikan masalah. Penyelidikan sebelum melaksanakn mana-mana program perlu dilakukan supaya program yang dilaksanakan boleh diukur dan dicapai. Sekiranya program yang dilaksanakan tidak dikaji secara menyeluruh kemungkinan program yang dijalakan itu banyak menghadapi masalah yang sukar dilaksanakan. Maka disinilah pihak yang tertentu banyak menghabis sumber rujukan untuk mengkaji semula bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Usaha yang sebelum itu juga amatlah sia-sia kerana tidak mencapai objektif program yang sepatutnya dilakukan. Perubahan minda ini dimulakan dengan penerapan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan para pelajar, kakitangan dan staf-staf lain di Universiti Malaysia Sabah di samping menguji tahap kreativiti dan inovasi mereka dalam melibatkan diri dalam program-program Eko Kampus di universiti ini.

Penyelidikan amat penting untuk meningkatkan penglibatan pelajar, kakitangan UMS dan masyarakat. Hal ini demikian kerana, penglibatan mahasiswa adalah sangat penting dalam memainkan peranan mewujudkan budaya positif itu di peringkat universiti, sebelum dikembangkan di dalam masyarakat. Seterusnya semua warga UMS akan sedar bahawa universiti ini sebagai sebuah tempat berkumpulnya para siswazah dan tempat lahirnya para intelektual muda sebagai generasi penerus bangsa dan akhirnya akan bersatu untuk menjadi agen perubahan ke arah kemampanan masa depan alam sekitar yang lebih baik. Hal ini dapat dibuktikan melalui program mereka bentuk beg kitaran semula termasuk menganjurkan pertandingan menghias beg kitar semula.

Seterusnya, penyelidikan juga penting untuk meningkatkan kesedaran pemuliharaan alam sekitar melalui perlaksanaan Eko Kampus ini. Kampus sebagai sebuah institusi yang fungsi utamanya ialah menyelenggara proses pendidikan dan pengajaran, penelitian tentunya tidak terlepas dari penggunaan kertas yang cukup banyak. Hal ini bukan sahaja meninggalkan impak secara langsung malah juga secara tidak langsung akan mengancam sumber alam semulajadi seperti pokok. Selain itu, pemusnahan sisa kertas akibat pembakaran terbuka menimbulkan masalah baru seperti pencemaran udara, dengan perlepasan gas karbon dioksida yang dapat meningkatkan pemanasan global. Oleh itu, dengan pelaksanaan Eko Kampus dapat memulihara sumber alam seperti mengurangkan penggunaan kertas yang berlebihan. Sebagai contoh,  aktiviti 'hijau' yang melibatkan kutipan kertas dan barangan lama serta terpakai di sekitar kampus dan juga penerapan konsep 3R iaitu (Reduce, Recycle, and Reuse) antara pilihan yang tepat dan bijak dalam mengatasi masalah sampah termasuk dalam persekitaran kampus Universiti Malaysia Sabah.  

Penyelidikan Eko Kampus juga amat penting untuk meningkatkan Penjagaan Alam Sekitar. Hal ini demikian kerana penjagaan alam sekitar meliputi perancangan dan pengurusan sumber alam secara bertanggungjawab. Penjagaan Alam sekitar juga menerusi EcoCampus memberi kuasa kepada pihak-pihak berkepentingan sebagai pemangkin kepada perubahan. Perasaan sayangkan alam sekitar harus disemai, dipupuk dan dijadikan budaya di kampus ini agar bumi yang kita sayangi ini dapat diselamatkan selain dapat membentuk keperibadian mahasiswa berpekerti tinggi. Antara cara penjagaan alam sekitar dalam UMS ialah mengekalkan pertumbuhan flora dan fauna di dalam kawasan universiti tanpa membuat sebarang pembangunan dengan menghapuskan alam sekitar.

Kepentingan terakhir pelaksanaan Eko Kampus di Universiti Malaysia Sabah ialah Perlindungan ekologi. Perlindungan ekologi termasuk dalam mengekalkan daya maju dan daya hidup alam sekitar di Universiti Malaysia Sabah. Perlindungan ekologi ini dapat dilihat dari segi  perkembangan pesat penggunaan teknologi remote sensing dan GIS di Malaysia yang bermula pada dekat 80an terutamanya dalam aspek pemantauan terhadap alam sekitaran. Penggunaan teknologi ini dalam menilai sumber-sumber hutan, mengesan hakisan tanah dan memantau ekologi marin yang telah terbukti dapat membekalkan data yang terkini dan tepat, di samping menjimatkan kos, masa dan tenaga kerja berbanding dengan cara konvensional telah mendorong kerajaan menubuhkan Pusat Remote Sensing Malaysia (MACRES) pada tahun 1988.


                      KAEDAH PENYELIDIKAN YANG DIGUNAKAN

          Penyelidikan program Eko kampus yang telah dijalankan di Universiti Malaysia Sabah, terdapat beberapa kaedah yang dipakai untuk memastikan program ini berjaya di akar umbi pelancaranya. UMS bertekad menjadikan Eko Kampus sebagai model intelektual dan imej korporat tersendiri yang baharu. Bersandarkan 5 lima nilai teras utama iaitu pembangunan mampan, perlindungan ekologi, pengawasan alam sekitar, pemuliharaan sumber, dan keserasian alam sekitar yang akan menunjangi Pelan Tindakan Eko Kampus bermula pada tahun 2013 hingga 2017.

Kaedah yang digunakan merangkumi kaedah penyelidikan yang lebih informal dimana penyelidikan perhubungan awam yang dikendalikan memberi gambaran yang efektif, banyak menggunakan pemerhatian dan pengalaman serta memerlukan kemahiran yang mendalam dan jumlah tenaga yang ramai bagi memastikan program Eko Kampus yang dijalankan ini berjalan dengan lancar mengikut tahap pelancaran keberkesanan program ini sebelum menjelang tahun 2017 yang mengimpikan program Eko Kampus berjaya secara keseluruhanya.

Kaedah tinjauan yang dilakukan telah diatur bagi memastikan program Eko Kampus berjaya dilaksanakan mengikut fasa yang telah ditetapkan. Mengikut penyelidikan Eko Kampus yang dijalankan, terdapat lima fasa bagi mencapai tahap keberkesanan program penyelidikan Eko Kampus yang telah dijalankan di Universiti Malaysia Sabah yang merangkumi Pelan Tindakan Eko Kampus yang bermula daripada awal januari 2013 sehingga penghujung tahun 2017.

Berdasarkan penyelidikan program Eko Kampus UMS, kaedah yang digunakan adalah kaedah tinjauan. Kaedah tinjauan adalah bermaksud kajian yang digunakan untuk mendapatkan data maklumat daripada responden yang ramai. Kaedah tinjauan juga merupakan salah satu kaedah kuantitatif. Kaedah tinjauan terhadap Pelan Tindakan Eko Kampus telah dilakukan mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan bagi memastikan tahap keberkesanan program ini berjalan dengan lancar dan selari dengan kaedah yang digunakan.

Mengikut fasa pertama yang dijalankan pada awal januari sehingga disember 2013, kaedah yang digunakan oleh Pelan Tindakan Eko Kampus UMS telah mengadakan kempen memperkenalkan pelancaran konsep Eko Kampus UMS bagi menyebarkan maklumat tentang konsep yang telah dilakukan oleh UMS mengenai konsep Eko Kampus. Selain itu juga, ia juga melibatkan staff UMS dengan memperkenalkan polisi Eko Kampus yang perlu dijalankan dan menyebarkan kempen kesedaran bagi memenuhi konsep yang dibawa oleh Pelan Tindakan Eco Campus. Ini merangkumi dengan memperkenalkan pengenalan perspektif alam sekitar ke dalam kurikulum, dengan melibatkan para pelajar dalam pembangunan setiap program komuniti UMS. Tambahan pula, diawal pelancaran Eko Kampus juga, bengkel seminar mengenai alam sekitar juga diadakan bagi menyebarkan konsep Eko Kampus kepada komuniti UMS. Program yang dijalankan juga memenuhi polisi alam sekitar dengan menjimatkan penggunaan kertas, tenaga dan juga air.

Fasa yang kedua pula, Pelan Tindakan Eko Kampus UMS juga melancarkan program yang berterusan selari dengan tahap yang pertama. Fasa kedua akan dijalankan pada awal januari sehingga disember 2014. Program yang akan dijalankan adalah seperti menghijaukan kampus UMS dengan mengurangkan kesan karbon terhadap pencapaian projek-projek yang dijalankan. Tambahan pula, Pelan Tindakan Eko Kampus UMS juga akan mengadakan menambahbaikan latihan progresif kakitangan dalam sistem pengurusan alam sekitar dalam Mekanisme pelaburan hijau.

Fasa yang ketiga pula, bermula pada januari sehingga disember 2015 yang melibatkan sistem pengurusan alam sekitar yang ditubuhkan dan dilaksanakan (pengiktirafan antarabangsa dan akreditasi dicapai terhadap kajian audit yang dijalankan). Ini melibatkan semua komuniti UMS bagi menghasilkan keberkesanan program Eko Kampus yang dilancarkan. Fasa ketiga ini juga menyambung dan mengkaji semula untuk peningkatan penyelidikan yang berterusan.

Fasa yang keempat pula memperlihatkan Pelan Tindakan Eko Kampus yang dijalankan bermula januari sehingga disember 2016 yang menyambung dan meningkatkan kajian yang berterusan serta dasar perolehan di tempat. Ia juga menggalakan penyelesaian alam sekitar kepada institusi pendidikan tinggi lain untuk mencapai status Eko Kampus dan menjadikan contoh seperti mana yang telah disediakan oleh UMS.

Fasa yang terakhir adalah fasa dimana Pelan Tindakan yang dirangkul ini perlulah dilaksanakan di setiap tahapnya. Fasa terakhir dilakukan pada awal januari sehingga disember 2017 dimana pengiktirafan status Eko Kampus akan diberikan kepada UMS sebagai pengiktirafan terhadap kaedah dan strategi yang dijalankan bagi mencapai tahap keberkesanan konsep Eko Kampus yang dibawa oleh UMS. Selain itu juga, tahap pengkajian semula juga akan berterusan bagi meningkatkan dan menambahbaikan program penyelidikan EKo Kampus di UMS ini. Peranan dan tugas perhubungan awam sangatlah penting dalam menentukan kaedah yang dijalankan bagi memenuhi kaedah atau strategi dalam Pelan Tindakan Eko Kampus UMS.


 PERANAN PERHUBUNGAN AWAM DALAM PROGRAM EKO KAMPUS

Program eko kampus yang dijalankan oleh pihak UMS semestinya memerlukan peranan perhubungan awam yang berkesan dan boleh mencapai objektif  program tersebut. Peranan perhubungan awam yang telah digunakan oleh perhubungan awam program ini melalui beberapa cara iaitu melalui media elektronik, media cetak, sokongan IPT dan kakitangan UMS serta pelajar UMS. Dalam setiap peranan inilah yang memainkan fungsi untuk menjayakan dan membawa keberkesanan program tersebut.

Peranan perhubungan awam yang pertama dilakukan ialah melalui media elektronik. Media elektronik ini digunakan oleh perhubungan awam program ini kerana mempunyai pengaruhi yang kuat khusunya kepada golongan pelajar dan masyarakat. Kemajuan teknologi pada masa kini mendorong suatu program yang dilaksanakan dapat meningkatkan perhatian orang ramai terhadap program yang dijalankan oleh suatu organisasi. Media elektonik yang dipakai oleh UMS ialah melalui laman sosial (facebook), laman web rasmi UMS di mana adanya terkandung dalam web itu tentang eko kampus (ecocampus) dan akhbar dalam talian. Dari segi laman sosial perhubungan awam program telah menubuhkan satu akaun laman sosial yang berkaitan dengan eko kampus. Dalam laman sosial itu serbah sedikit menerangkan dan menjelaskan eko kampus UMS. Laman sosial itu juga mempunyai gambar-gambar berkaitan eko kampus, penganjuran program eko kampus dan perkongsian maklumat berkenaan dengan eko kampus. Laman sosial ini telah aktif sebelum dan selepas program ini dilaksanakan. Selain itu, UMS juga menubuhkan laman web rasmi tentang penerangan eko kampus UMS. Penubuhan secara rasmi ini menunjukkan UMS mempunyai komitmen dan sebuah universiti yang dikenali sebagai sebuah universiti eko kampus. Pihak UMS juga mempunyai akhbar yang di muatkan dalam laman web rasmi UMS. Laporan yang disampaikan dalam berita itu berkaitan dengan eko kampus. Sebelum dan selepas program ini dilaksanakan adanya laporan yang ditulis tentang perlaksanaan program ini. Oleh itu, melalui media elektronik ini perhubungan awam telah melakukan banyak tindakan untuk menyampaikan maklumat tentang eko kampus kepada pelajar, kakitangan UMS dan masyarakat luar. Penyebaran maklumat dan komunikasi ini juga bertujuan untuk mempengaruhi pelajar, kakitangan UMS, dan masyarakat untuk turut serta dalam program ini.

Perhubungan awam progam ini juga telah menjemput pengarah IPT dan beberapa ahli IPT yang lain untuk bersama-sama terlibat dalam menjayakan program ini. Jemputan ini bertujuan untuk memberi Sokongan terhadap program ini. Sokongan pihak IPT bertujuan untuk merasmikan program ini supaya UMS diakui sebagai sebuah universiti yang dikenali oleh masyarakat dan universiti lain, di mana universiti ini telah mengamalkan eko kampus. Kedatangan IPT ini juga mempengaruhi kedatangan orang ramai khususnya dari pelajar luar, pelajar UMS dan kakitangan UMS serta masyarakat luar. Semasa perlaksanaan pelan tindakan UMS ramai pelajar sekolah rendah, menengah dan kakitangan kerajaan serta swasta telah datang untuk menyambut kehadiran pengarah IPT dan turut bersama-sama menyaksikan pelancaran pelan tindakan Eko Kampus. Oleh itu kedatangan pihak IPT ini bukan sahaja memberi sokongan malahan menggalakkan perlaksanaan program eko kampus berkekalan dan menjadi contoh kepada universiti yang lain untuk melaksanakan eko kampus yang cintakan alam sekitar.

Perlaksanaan program eko kampus memerlukan peranan media cetak iaitu sama ada melalui akhbar tempatan dan akhbar UMS. Akhbar tempatan memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang perlunya eko kampus khusunya di UMS ini. Penyampaian berita tentang eko kampus ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan perhatian yang bermakna terhadap pengajaan alam sekitar di kawasan UMS. UMS bukan sahaja terkenal dalam pengajaan alam sekitar malahan turut menjadi pusat penyelidikan alam sekitar di masa hadapan. UMS juga menjadi contoh kepada sekolah, kolej, dan universiti dalam Negara dan luar Negara supaya mereka juga turut melaksanakan program eko kampus di tempat masing-masing bagi mengurangkan pencemaran dan kepupusan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Ia juga mengekalkan keseimbangan ekosistem dan dapat mengatsi pemanasan global. Oleh itu perlunya kesedaran yang tinggi khusunya di negara ini untuk bersama-sama menjaga alam sekitar dengan melalui usaha yang berterusan dan berkekalan.

Kakitangan dan pelajar UMS juga memainkan peranan yang penting untuk menjayakan dan mencapai program ini. Pelajar dan kakitangan UMS sudah mengadaptasi eko kampus dalam kehidupan seharian. Di mana mereka mempunyai kesedaran tentang pentingnya penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar. Oleh itu pelajar dan kakitangan UMS bertanggungjawab untuk menganjur sebarang program Eko Kampus di dalam universiti ini. Penyertaan dan penglibatan pelajar salah satu kejayaan utama dan memberi kesan yang baik dalam program eko kampus ini.



                 KESAN KESELURUHAN PENYELIDIKAN PROGRAM EKO KAMPUS

Berdasarkan program penyelidikan EKo Kampus yang dijalankan di UMS, terdapat kesan secara keseluruhan apabila program ini dilancarkan walaupun program ini masih awal di tahap pelancaranya namun terdapat kesan yang boleh didapati secara keseluruhan apabila program ini dilaksanakan. Kita boleh melihat daripada perspektif dimana penyelidikan sangatlah penting bagi menentukan keberkesanan program yang diatur oleh perhubungan awam.
Kesan yang boleh dilihat apabila sesuatu penyelidikan dibuat oleh perhubungan awam terhadap program Eko Kampus ialah membolehkan perubahan sosial dan tindakan terhadap pentingnya penjagaan alam sekitar. Dengan pelancaran Eko Kampus ini, diharap kesanya dapat memberi manfaat kepada komuniti sekeliling dalam penjagaan bumi hijau. Perubahan sosial yang diharap adalah seperti mengurangkan penggunaan kertas dan menjimatkan tenaga serta mengurangkan pelepasan karbon yang boleh merosakkan alam sekitar.

Selain itu, kesan daripada program Eko Kampus ini juga mampu meningkatkan kesedaran alam sekitar. Kempen-kempen menghijaukan alam kampus diterapkan dalam diri mahasiswa disamping dalam diri komuniti disekeliling UMS bagi menjadikan contoh yang baik. Peranan perhubungan awam disini penting kerana penghasilan penyelidikan terhadap program dijalankan dapat member manfaat pentingnya penjagaan alam sekitar. Konsep Eko kampus yang dijalankan selari dengan kehendak UMS yang mahu mendapat pengiktirafan dan contoh daripada insitusi-insitusi yang lain.

Konsep Eko Kampus juga mampu mengekalkan penjanaan pendapatan dan simpanan. Apa yang boleh dikatakan disini, perhubungan awam berperanan dalam penyelidikan apabila mampu memberi kesan kepada program ini. Apabila konsep Eko Kampus digunakan, konsep hijau akan diteruskan dan mampu menjadikan simpanan untuk masa hadapan tanpa pemusnahan akibat pembangunan semata-mata. Ini mampu menjadikan UMS sebagai insitusi yang berpendapatan tinggi dengan kemunculan konsep yang dibawakan ini.

Selain itu, perhubungan awam dalam penyelidikan ini secara tidak langsung memberikan kesan apabila publik-publik yang dipilih secara tinjauan dalam kaedah ini berjaya memastikan program ini berjalan dengan lancar. Hasilnya, program ini mempromosikan kepimpinan alam sekitar dalam kalangan graduan sebagai agen perubahan. Maksudnya disini, tinjauan terhadap program ini dalam klangan komuniti UMS sekaligus memberikan kesan apabila komuniti ini berjaya sebagai agen perubahan dalam mempromosikan kepimpinan alam sekitar. Sebagai bukti, di setiap program yang dijalankan oleh graduan dan komuniti UMS, hasilnya konsep Eko Kampus juga turut dibawa dan kesan ini amatlah penting bagi membuktikan keberkesanan penyelidikan program ini.


                                      KESIMPULAN

Konklusinya, Universiti Malaysia Sabah sebagai sebuah universiti tempatan yang  pertama di Malaysia yang melancarkan kempen Eko Kampus iaitu dengan tema ‘Ecocampus’: Mengubah Sikap Merubah Pemikiran. Pelaksanaan kempen EcoCampus sangat sesuai di lakukan di UMS kerana dikelilingi dengan sumber-sumber alam seperti pemandangan indah Gunung Kinabalu serta hamparan samudera biru yang terbentang di tepi kampus.

Eko kampus menjenamakan UMS sebagai sebuah kampus yang bercirikan elemen-elemen dan budaya mesra alam, memelihara dan melindungi alam sekitar serta keindahannya. Pelan lima tahun untuk 2013-2017 yang telah disediakan,membantu universiti memanfaatkan sepenuhnya sumber sumber alam secara lebih teratur.

Disamping itu, pelaksanaan kempen Eko kampus juga akan mewujudkan perasaan menyayangi alam sekitar dalam diri warga UMS serta sekaligus memupuk dan menjadikan budaya mesra alam di kampus ini agar sumber alam seperti landskap, biodiversiti serta flora dan fauna di bumi yang disayangi ini dapat diselamatkan selain dapat membentuk keperibadian mahasiswa berpekerti tinggi.
  

RUJUKAN

Hamdan adnan.1987. Penyelidikan Perhubungan Raya (komunikasi masuk). Prinsip Perhubunan Awam. ITM Shah ALAM.

Hisyamuddin Ayub, (12 Febuari 2013). UMS mahu teraju Eko Kampus. Utusan Malaysia. Diakses pada 3 Disember 2014, daripada http://m.utusan.com.my/Sabah_%26_Sarawak/20130213/wb_01/UMS-mahu-teraju-Eko-Kampus

UMS hopes to be the first “Eco Campus”(8 Febuari 2013). New Sabah Times.  Diakses pada 3 Disember 2014 daripada http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/65837
Eco Campus UMS 2013/14. Diakses pada 4 Disember 2014, daripada https://www.facebook.com/ecocampus1314

Stephanie Lee, (12 Febuari 20130. UMS berazam untuk menjadi pertama kampus mesra alam. The Star.  Diakses pada 4 Disember 2014, daripada http://www.thestar.com.my/News/Community/2013/02/12/UMS-determined-to-become-first-ecofriendly-campus.aspx

Juwariah Binti Hassan & Wan Naseira Binti Wan Haron. Perhubungan Awam: “Penyelidikan Dalam Perhubungan Awam”. Diakses pada 4 Disember 2014, daripada http://www.scribd.com/doc/85716459/PERHUBUNGAN-AWAM

Definition Of Eco-Camus (UMS Perspective). UMS Eco Campus Portal . Diakses pada 5 Disember 2014, daripada http://www.ums.edu.my/eco/index.php/ms/ecocampus/definition

Awangku Hassanal Bahar Bin Pengiran Bagul, (10 Julai 2013). Pusat Pengurusan EcoCampus. Official Portal of Universiti Malaysia Sabah. Diakses pada 9 Disember 2014, daripada http://www.ums.edu.my/v5/index.php/ms/mengenai-ums/nc/pusat-pengurusan-eco-campus.html

Roadmap And Key Aktivities. UMS Eco Campus Portal. Diakses pada 9 Disember 2014 daripada  http://www.ums.edu.my/eco/index.php/en/roadmap

Alam Sekitar: UMS Lancar Kesedaran Program ‘Eco Campus’, (8 Febuari 2013). Khabarkinabalu. Diakses pada 9 Disember 2014 daripada  


Kristy Inus, (8 Febuari 2013). UMS Aiming For Green Campus Status By 2017. New Straits Times. Diakses pada 9 Disember 2014, daripada http://www.nst.com.my/nation/general/ums-aiming-for-green-campus-status-by-2017-1.214995



AHLI KUMPULAN
ELVIS RYAN RUBANJAR
NIK ASMA ULAILI HUSNA
SUBAHSHINI DEVIA/P THANASEELAN