PENGENALAN
Penyelidikan dalam suatu program adalah
amat penting untuk membawa keberkesanan dan kejayaan objektif program yang
dilaksanakan. Penyelidikan dalam perhubungan awam adalah satu kaedah untuk
mengumpul pelbagai maklumat dan data. Berdasarkan maklumat tersebut analisis
pengurusan yang seterusnya dapat meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu isu
yang menjadi pelaksana aktiviti perhubungan awam.
Kes perhubungan awam yang dipilih ialah
program eko kampus di Universiti Malaysia Sabah. EKo Kampus, dari perspektif ums
adalah titik rujukan untuk universiti untuk bertindak sebagai pengelola alam
sekitar yang menyediakan sebahagian daripada penyelesaian global untuk mencapai
kelestarian alam sekitar, mengambil pertimbangan alam sekitar dalam pengajaran
di universiti melalui penyelidikan, pengurusan dan amalan aperational.
Universiti Malaysia Sabah merupakan universiti yang pertama telah melancarkan
pelan tindakan eko kampus yang bermula pada tahun 2013 sehingga 2017. Eko
kampus yang dijalankan di UMS ini berdasarkan tiga prinsip iaitu asas inovasi,
relevan dan kemampuan. UMS amat sesuai dijadikan sebagai sebuah universiti eko
kampus kerana mempunyai banyak flora dan fauna di kawasannya. UMS kini dalam
fasa menjadi pusat rujukan yang bertindak sebagai penjaga alam sekitar serta
menyumbang kepada usaha global ke arah kecermelangan alam sekitar,
penyelidikan, pengurusan dan operasi pada masa akan datang.
Pelaksanaan program eko kampus ini
bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat global ke arah
pemabangunan mampan, membolehkan universiti mengenalpasti secara sistematik,
menilai, mengurus dan meningkatkan prestasi dan amalan alam sekitar, dan
meningkatkan alam sekitar sebagai penanda aras oleh audit luaran sama ada
instituisi telah mencapai satu tahap prestasi alam sekitar. Program ini sebagai
cara untuk memelihara alam semula jadi atau menggalakkan kebersihan, dan
mengurangkan pencemaran serta menggalakkan pelancongan alam semula jadi melalui
cara yang tertentu.
Pelan tindakan eko kampus ini
menegaskan lima elemen dalam rangka pelan tindakan iaitu pembangunan lestari,
perlindungan ekologi, keserasian alam sekitar, pemuliharaan sumber dan
pemantauan alam sekitar. Oleh itu program yang dijalankan ini memberi impak
yang positif kepada universiti itu sendiri, pelajar, masyarakat dan negara
serta kepada global. Program ini dilaksanakan bukan dengan cara yang mudah
tetapi memerlukan penyelidikan dalam perhubungan awam untuk memastikan program
ini berjaya dan membawa kesan yang baik kepada alam sekitar. Oleh itu sebelum
program ini dijalankan pihak UMS telah melakukan beberapa penyelidikan untuk
memastikan program ini mencapai objektif. Penyelidikan ini juga mempunyai kepentingan
yang tersendiri. Peranan perhubungan awam juga memainkan peranan yang penting
khusunya sebelum dan selepas program ini dijalakan untuk memastikan program eko
kampus ini berkekalan dan diamalakan oleh pelajar dan kekitangan UMS
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN EKO KAMPUS UMS
Pelancaran
Eko Kampus di Universiti Malaysia Sabah merupakan salah satu tindakan atau
langkah yang baik untuk memulakan program eko kampus di universiti ini. Sebelum
program ini dilaksanakan pihak tertentu telah melakukan kajian dan penyelidikan
supaya program ini boleh dilaksanakan dengan usaha yang tidak sia-sia dan
menjimatkan masa serta tenaga. Jika dilihat dari segi kepentingan penyelidkan
semamanganya mempunyai banyak kepentingan kerana penyedidikanlah yang menentuk
kejayaan suatu program yang dilaksanakan. Penyelidikan yang dilakukan oleh
pihak UMS membawa kepada penyelesaian masalah perlaksaan program eko kampus
yang bakal di tempuhi di masa akan datang.
Antara
kepentingan penyelidikan program eko kampus ialah menjimatkan sumber dan usaha
dengan menyelesaikan masalah. Penyelidikan sebelum melaksanakn mana-mana
program perlu dilakukan supaya program yang dilaksanakan boleh diukur dan
dicapai. Sekiranya program yang dilaksanakan tidak dikaji secara menyeluruh
kemungkinan program yang dijalakan itu banyak menghadapi masalah yang sukar
dilaksanakan. Maka disinilah pihak yang tertentu banyak menghabis sumber
rujukan untuk mengkaji semula bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Usaha
yang sebelum itu juga amatlah sia-sia kerana tidak mencapai objektif program
yang sepatutnya dilakukan. Perubahan minda ini dimulakan dengan penerapan
kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan para pelajar,
kakitangan dan staf-staf lain di Universiti Malaysia Sabah di samping menguji
tahap kreativiti dan inovasi mereka dalam melibatkan diri dalam program-program
Eko Kampus di universiti ini.
Penyelidikan
amat penting untuk meningkatkan penglibatan pelajar, kakitangan UMS dan
masyarakat. Hal ini demikian kerana, penglibatan mahasiswa adalah sangat
penting dalam memainkan peranan mewujudkan budaya positif itu di peringkat
universiti, sebelum dikembangkan di dalam masyarakat. Seterusnya semua warga
UMS akan sedar bahawa universiti ini sebagai sebuah tempat berkumpulnya para
siswazah dan tempat lahirnya para intelektual muda sebagai generasi penerus
bangsa dan akhirnya akan bersatu untuk menjadi agen perubahan ke arah
kemampanan masa depan alam sekitar yang lebih baik. Hal ini dapat dibuktikan
melalui program mereka bentuk beg kitaran semula termasuk menganjurkan
pertandingan menghias beg kitar semula.
Seterusnya,
penyelidikan juga penting untuk meningkatkan kesedaran pemuliharaan alam
sekitar melalui perlaksanaan Eko Kampus ini. Kampus sebagai sebuah institusi
yang fungsi utamanya ialah menyelenggara proses pendidikan dan pengajaran,
penelitian tentunya tidak terlepas dari penggunaan kertas yang cukup banyak.
Hal ini bukan sahaja meninggalkan impak secara langsung malah juga secara tidak
langsung akan mengancam sumber alam semulajadi seperti pokok. Selain itu,
pemusnahan sisa kertas akibat pembakaran terbuka menimbulkan masalah baru
seperti pencemaran udara, dengan perlepasan gas karbon dioksida yang dapat meningkatkan
pemanasan global. Oleh itu, dengan pelaksanaan Eko Kampus dapat memulihara
sumber alam seperti mengurangkan penggunaan kertas yang berlebihan. Sebagai
contoh, aktiviti 'hijau' yang melibatkan
kutipan kertas dan barangan lama serta terpakai di sekitar kampus dan juga
penerapan konsep 3R iaitu (Reduce, Recycle, and Reuse) antara pilihan yang
tepat dan bijak dalam mengatasi masalah sampah termasuk dalam persekitaran
kampus Universiti Malaysia Sabah.
Penyelidikan
Eko Kampus juga amat penting untuk meningkatkan Penjagaan Alam Sekitar. Hal ini
demikian kerana penjagaan alam sekitar meliputi perancangan dan pengurusan
sumber alam secara bertanggungjawab. Penjagaan Alam sekitar juga menerusi
EcoCampus memberi kuasa kepada pihak-pihak berkepentingan sebagai pemangkin
kepada perubahan. Perasaan
sayangkan alam sekitar harus disemai, dipupuk dan dijadikan budaya di kampus
ini agar bumi yang kita sayangi ini dapat diselamatkan selain dapat membentuk
keperibadian mahasiswa berpekerti tinggi. Antara cara penjagaan alam sekitar
dalam UMS ialah mengekalkan pertumbuhan flora dan fauna di dalam kawasan
universiti tanpa membuat sebarang pembangunan dengan menghapuskan alam sekitar.
Kepentingan
terakhir pelaksanaan Eko Kampus di Universiti Malaysia Sabah ialah Perlindungan
ekologi. Perlindungan ekologi termasuk dalam mengekalkan daya maju dan daya
hidup alam sekitar di Universiti Malaysia Sabah. Perlindungan ekologi ini dapat
dilihat dari segi perkembangan pesat
penggunaan teknologi remote sensing dan GIS di Malaysia yang bermula pada dekat
80an terutamanya dalam aspek pemantauan terhadap alam sekitaran. Penggunaan
teknologi ini dalam menilai sumber-sumber hutan, mengesan hakisan tanah dan
memantau ekologi marin yang telah terbukti dapat membekalkan data yang terkini
dan tepat, di samping menjimatkan kos, masa dan tenaga kerja berbanding dengan
cara konvensional telah mendorong kerajaan menubuhkan Pusat Remote Sensing
Malaysia (MACRES) pada tahun 1988.
KAEDAH PENYELIDIKAN YANG DIGUNAKAN
Penyelidikan program Eko kampus yang telah dijalankan di
Universiti Malaysia Sabah, terdapat beberapa kaedah yang dipakai untuk
memastikan program ini berjaya di akar umbi pelancaranya. UMS bertekad menjadikan Eko Kampus sebagai model intelektual dan
imej korporat tersendiri yang baharu. Bersandarkan 5 lima nilai teras utama
iaitu pembangunan mampan, perlindungan ekologi, pengawasan alam sekitar,
pemuliharaan sumber, dan keserasian alam sekitar yang akan menunjangi Pelan Tindakan
Eko Kampus bermula pada tahun 2013 hingga 2017.
Kaedah yang digunakan merangkumi kaedah
penyelidikan yang lebih informal dimana penyelidikan perhubungan awam yang
dikendalikan memberi gambaran yang efektif, banyak menggunakan pemerhatian dan
pengalaman serta memerlukan kemahiran yang mendalam dan jumlah tenaga yang
ramai bagi memastikan program Eko Kampus yang dijalankan ini berjalan dengan
lancar mengikut tahap pelancaran keberkesanan program ini sebelum menjelang
tahun 2017 yang mengimpikan program Eko Kampus berjaya secara keseluruhanya.
Kaedah tinjauan yang dilakukan telah
diatur bagi memastikan program Eko Kampus berjaya dilaksanakan mengikut fasa
yang telah ditetapkan. Mengikut penyelidikan Eko Kampus yang dijalankan,
terdapat lima fasa bagi mencapai tahap keberkesanan program penyelidikan Eko
Kampus yang telah dijalankan di Universiti Malaysia Sabah yang merangkumi Pelan
Tindakan Eko Kampus yang bermula daripada awal januari 2013 sehingga penghujung
tahun 2017.
Berdasarkan penyelidikan program Eko
Kampus UMS, kaedah yang digunakan adalah kaedah tinjauan. Kaedah tinjauan
adalah bermaksud kajian yang digunakan untuk mendapatkan data maklumat daripada
responden yang ramai. Kaedah tinjauan juga merupakan salah satu kaedah
kuantitatif. Kaedah tinjauan terhadap Pelan Tindakan Eko Kampus telah dilakukan
mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan bagi memastikan tahap keberkesanan
program ini berjalan dengan lancar dan selari dengan kaedah yang digunakan.
Mengikut fasa pertama yang dijalankan
pada awal januari sehingga disember 2013, kaedah yang digunakan oleh Pelan
Tindakan Eko Kampus UMS telah mengadakan kempen memperkenalkan pelancaran
konsep Eko Kampus UMS bagi menyebarkan maklumat tentang konsep yang telah
dilakukan oleh UMS mengenai konsep Eko Kampus. Selain itu juga, ia juga
melibatkan staff UMS dengan memperkenalkan polisi Eko Kampus yang perlu
dijalankan dan menyebarkan kempen kesedaran bagi memenuhi konsep yang dibawa
oleh Pelan Tindakan Eco Campus. Ini merangkumi dengan memperkenalkan pengenalan
perspektif alam sekitar ke dalam kurikulum, dengan melibatkan para pelajar
dalam pembangunan setiap program komuniti UMS. Tambahan pula, diawal pelancaran
Eko Kampus juga, bengkel seminar mengenai alam sekitar juga diadakan bagi
menyebarkan konsep Eko Kampus kepada komuniti UMS. Program yang dijalankan juga
memenuhi polisi alam sekitar dengan menjimatkan penggunaan kertas, tenaga dan
juga air.
Fasa yang kedua pula, Pelan Tindakan
Eko Kampus UMS juga melancarkan program yang berterusan selari dengan tahap
yang pertama. Fasa kedua akan dijalankan pada awal januari sehingga disember
2014. Program yang akan dijalankan adalah seperti menghijaukan kampus UMS
dengan mengurangkan kesan karbon terhadap pencapaian projek-projek yang
dijalankan. Tambahan pula, Pelan Tindakan Eko Kampus UMS juga akan mengadakan
menambahbaikan latihan progresif kakitangan dalam sistem pengurusan alam
sekitar dalam Mekanisme pelaburan hijau.
Fasa yang ketiga pula, bermula pada
januari sehingga disember 2015 yang melibatkan sistem pengurusan alam sekitar
yang ditubuhkan dan dilaksanakan (pengiktirafan antarabangsa dan akreditasi
dicapai terhadap kajian audit yang dijalankan). Ini melibatkan semua komuniti
UMS bagi menghasilkan keberkesanan program Eko Kampus yang dilancarkan. Fasa
ketiga ini juga menyambung dan mengkaji semula untuk peningkatan penyelidikan
yang berterusan.
Fasa yang keempat pula memperlihatkan
Pelan Tindakan Eko Kampus yang dijalankan bermula januari sehingga disember
2016 yang menyambung dan meningkatkan kajian yang berterusan serta dasar perolehan
di tempat. Ia juga menggalakan penyelesaian alam sekitar kepada institusi
pendidikan tinggi lain untuk mencapai status Eko Kampus dan menjadikan contoh
seperti mana yang telah disediakan oleh UMS.
Fasa yang terakhir adalah fasa dimana
Pelan Tindakan yang dirangkul ini perlulah dilaksanakan di setiap tahapnya.
Fasa terakhir dilakukan pada awal januari sehingga disember 2017 dimana
pengiktirafan status Eko Kampus akan diberikan kepada UMS sebagai pengiktirafan
terhadap kaedah dan strategi yang dijalankan bagi mencapai tahap keberkesanan
konsep Eko Kampus yang dibawa oleh UMS. Selain itu juga, tahap pengkajian
semula juga akan berterusan bagi meningkatkan dan menambahbaikan program
penyelidikan EKo Kampus di UMS ini. Peranan dan tugas perhubungan awam
sangatlah penting dalam menentukan kaedah yang dijalankan bagi memenuhi kaedah
atau strategi dalam Pelan Tindakan Eko Kampus UMS.
PERANAN
PERHUBUNGAN AWAM DALAM PROGRAM EKO KAMPUS
Program eko kampus yang dijalankan oleh pihak UMS semestinya
memerlukan peranan perhubungan awam yang berkesan dan boleh mencapai
objektif program tersebut. Peranan
perhubungan awam yang telah digunakan oleh perhubungan awam program ini melalui
beberapa cara iaitu melalui media elektronik, media cetak, sokongan IPT dan
kakitangan UMS serta pelajar UMS. Dalam setiap peranan inilah yang memainkan
fungsi untuk menjayakan dan membawa keberkesanan program tersebut.
Peranan perhubungan awam yang pertama dilakukan ialah
melalui media elektronik. Media elektronik ini digunakan oleh perhubungan awam
program ini kerana mempunyai pengaruhi yang kuat khusunya kepada golongan
pelajar dan masyarakat. Kemajuan teknologi pada masa kini mendorong suatu
program yang dilaksanakan dapat meningkatkan perhatian orang ramai terhadap
program yang dijalankan oleh suatu organisasi. Media elektonik yang dipakai
oleh UMS ialah melalui laman sosial (facebook), laman web rasmi UMS di mana
adanya terkandung dalam web itu tentang eko kampus (ecocampus) dan akhbar dalam
talian. Dari segi laman sosial perhubungan awam program telah menubuhkan satu
akaun laman sosial yang berkaitan dengan eko kampus. Dalam laman sosial itu
serbah sedikit menerangkan dan menjelaskan eko kampus UMS. Laman sosial itu
juga mempunyai gambar-gambar berkaitan eko kampus, penganjuran program eko
kampus dan perkongsian maklumat berkenaan dengan eko kampus. Laman sosial ini
telah aktif sebelum dan selepas program ini dilaksanakan. Selain itu, UMS juga
menubuhkan laman web rasmi tentang penerangan eko kampus UMS. Penubuhan secara
rasmi ini menunjukkan UMS mempunyai komitmen dan sebuah universiti yang
dikenali sebagai sebuah universiti eko kampus. Pihak UMS juga mempunyai akhbar
yang di muatkan dalam laman web rasmi UMS. Laporan yang disampaikan dalam
berita itu berkaitan dengan eko kampus. Sebelum dan selepas program ini
dilaksanakan adanya laporan yang ditulis tentang perlaksanaan program ini. Oleh
itu, melalui media elektronik ini perhubungan awam telah melakukan banyak
tindakan untuk menyampaikan maklumat tentang eko kampus kepada pelajar,
kakitangan UMS dan masyarakat luar. Penyebaran maklumat dan komunikasi ini juga
bertujuan untuk mempengaruhi pelajar, kakitangan UMS, dan masyarakat untuk
turut serta dalam program ini.
Perhubungan awam progam ini juga telah menjemput
pengarah IPT dan beberapa ahli IPT yang lain untuk bersama-sama terlibat dalam
menjayakan program ini. Jemputan ini bertujuan untuk memberi Sokongan terhadap
program ini. Sokongan pihak IPT bertujuan untuk merasmikan program ini supaya
UMS diakui sebagai sebuah universiti yang dikenali oleh masyarakat dan
universiti lain, di mana universiti ini telah mengamalkan eko kampus.
Kedatangan IPT ini juga mempengaruhi kedatangan orang ramai khususnya dari
pelajar luar, pelajar UMS dan kakitangan UMS serta masyarakat luar. Semasa
perlaksanaan pelan tindakan UMS ramai pelajar sekolah rendah, menengah dan
kakitangan kerajaan serta swasta telah datang untuk menyambut kehadiran
pengarah IPT dan turut bersama-sama menyaksikan pelancaran pelan tindakan Eko
Kampus. Oleh itu kedatangan pihak IPT ini bukan sahaja memberi sokongan malahan
menggalakkan perlaksanaan program eko kampus berkekalan dan menjadi contoh
kepada universiti yang lain untuk melaksanakan eko kampus yang cintakan alam
sekitar.
Perlaksanaan program eko kampus memerlukan peranan media
cetak iaitu sama ada melalui akhbar tempatan dan akhbar UMS. Akhbar tempatan
memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang
perlunya eko kampus khusunya di UMS ini. Penyampaian berita tentang eko kampus ini
bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan perhatian yang bermakna terhadap
pengajaan alam sekitar di kawasan UMS. UMS bukan sahaja terkenal dalam
pengajaan alam sekitar malahan turut menjadi pusat penyelidikan alam sekitar di
masa hadapan. UMS juga menjadi contoh kepada sekolah, kolej, dan universiti
dalam Negara dan luar Negara supaya mereka juga turut melaksanakan program eko
kampus di tempat masing-masing bagi mengurangkan pencemaran dan kepupusan
pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Ia juga mengekalkan keseimbangan ekosistem dan
dapat mengatsi pemanasan global. Oleh itu perlunya kesedaran yang tinggi
khusunya di negara ini untuk bersama-sama menjaga alam sekitar dengan melalui
usaha yang berterusan dan berkekalan.
Kakitangan dan pelajar UMS juga memainkan peranan yang
penting untuk menjayakan dan mencapai program ini. Pelajar dan kakitangan UMS
sudah mengadaptasi eko kampus dalam kehidupan seharian. Di mana mereka
mempunyai kesedaran tentang pentingnya penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Oleh itu pelajar dan kakitangan UMS bertanggungjawab untuk menganjur sebarang
program Eko Kampus di dalam universiti ini. Penyertaan dan penglibatan pelajar
salah satu kejayaan utama dan memberi kesan yang baik dalam program eko kampus
ini.
KESAN KESELURUHAN PENYELIDIKAN
PROGRAM EKO KAMPUS
Berdasarkan program penyelidikan EKo Kampus yang
dijalankan di UMS, terdapat kesan secara keseluruhan apabila program ini
dilancarkan walaupun program ini masih awal di tahap pelancaranya namun
terdapat kesan yang boleh didapati secara keseluruhan apabila program ini
dilaksanakan. Kita boleh melihat daripada perspektif dimana penyelidikan
sangatlah penting bagi menentukan keberkesanan program yang diatur oleh
perhubungan awam.
Kesan yang boleh dilihat apabila sesuatu
penyelidikan dibuat oleh perhubungan awam terhadap program Eko Kampus ialah
membolehkan perubahan sosial dan tindakan terhadap pentingnya penjagaan alam
sekitar. Dengan pelancaran Eko Kampus ini, diharap kesanya dapat memberi
manfaat kepada komuniti sekeliling dalam penjagaan bumi hijau. Perubahan sosial
yang diharap adalah seperti mengurangkan penggunaan kertas dan menjimatkan
tenaga serta mengurangkan pelepasan karbon yang boleh merosakkan alam sekitar.
Selain itu, kesan daripada program Eko
Kampus ini juga mampu meningkatkan kesedaran alam sekitar. Kempen-kempen
menghijaukan alam kampus diterapkan dalam diri mahasiswa disamping dalam diri
komuniti disekeliling UMS bagi menjadikan contoh yang baik. Peranan perhubungan
awam disini penting kerana penghasilan penyelidikan terhadap program dijalankan
dapat member manfaat pentingnya penjagaan alam sekitar. Konsep Eko kampus yang
dijalankan selari dengan kehendak UMS yang mahu mendapat pengiktirafan dan
contoh daripada insitusi-insitusi yang lain.
Konsep Eko Kampus juga mampu
mengekalkan penjanaan pendapatan dan simpanan. Apa yang boleh dikatakan disini,
perhubungan awam berperanan dalam penyelidikan apabila mampu memberi kesan
kepada program ini. Apabila konsep Eko Kampus digunakan, konsep hijau akan
diteruskan dan mampu menjadikan simpanan untuk masa hadapan tanpa pemusnahan
akibat pembangunan semata-mata. Ini mampu menjadikan UMS sebagai insitusi yang
berpendapatan tinggi dengan kemunculan konsep yang dibawakan ini.
Selain itu, perhubungan awam dalam
penyelidikan ini secara tidak langsung memberikan kesan apabila publik-publik
yang dipilih secara tinjauan dalam kaedah ini berjaya memastikan program ini
berjalan dengan lancar. Hasilnya, program ini mempromosikan kepimpinan alam
sekitar dalam kalangan graduan sebagai agen perubahan. Maksudnya disini,
tinjauan terhadap program ini dalam klangan komuniti UMS sekaligus memberikan
kesan apabila komuniti ini berjaya sebagai agen perubahan dalam mempromosikan
kepimpinan alam sekitar. Sebagai bukti, di setiap program yang dijalankan oleh
graduan dan komuniti UMS, hasilnya konsep Eko Kampus juga turut dibawa dan
kesan ini amatlah penting bagi membuktikan keberkesanan penyelidikan program
ini.
KESIMPULAN
Konklusinya,
Universiti Malaysia Sabah sebagai sebuah universiti tempatan yang pertama di Malaysia yang melancarkan kempen
Eko Kampus iaitu dengan tema ‘Ecocampus’:
Mengubah Sikap Merubah Pemikiran. Pelaksanaan kempen EcoCampus sangat sesuai di
lakukan di UMS kerana dikelilingi dengan sumber-sumber alam seperti pemandangan
indah Gunung Kinabalu serta hamparan samudera biru yang terbentang di tepi
kampus.
Eko kampus
menjenamakan UMS sebagai sebuah kampus yang bercirikan elemen-elemen dan budaya
mesra alam, memelihara dan melindungi alam sekitar serta keindahannya. Pelan
lima tahun untuk 2013-2017 yang telah disediakan,membantu universiti
memanfaatkan sepenuhnya sumber sumber alam secara lebih teratur.
Disamping
itu, pelaksanaan kempen Eko kampus juga akan mewujudkan perasaan menyayangi
alam sekitar dalam diri warga UMS serta sekaligus memupuk dan menjadikan budaya
mesra alam di kampus ini agar sumber alam seperti landskap, biodiversiti serta
flora dan fauna di bumi yang disayangi ini dapat diselamatkan selain dapat
membentuk keperibadian mahasiswa berpekerti tinggi.
RUJUKAN
Hamdan adnan.1987. Penyelidikan
Perhubungan Raya (komunikasi masuk). Prinsip Perhubunan Awam. ITM Shah
ALAM.
Hisyamuddin
Ayub, (12 Febuari 2013). UMS mahu teraju Eko Kampus. Utusan Malaysia. Diakses pada 3 Disember
2014, daripada http://m.utusan.com.my/Sabah_%26_Sarawak/20130213/wb_01/UMS-mahu-teraju-Eko-Kampus
UMS
hopes to be the first “Eco Campus”(8 Febuari 2013). New Sabah Times. Diakses
pada 3 Disember 2014 daripada http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/65837
Eco
Campus UMS 2013/14. Diakses pada 4 Disember 2014, daripada https://www.facebook.com/ecocampus1314
Stephanie
Lee, (12 Febuari 20130. UMS berazam untuk menjadi pertama kampus mesra alam. The Star. Diakses pada 4 Disember 2014, daripada http://www.thestar.com.my/News/Community/2013/02/12/UMS-determined-to-become-first-ecofriendly-campus.aspx
Juwariah
Binti Hassan & Wan Naseira Binti Wan Haron. Perhubungan Awam: “Penyelidikan Dalam Perhubungan Awam”.
Diakses pada 4 Disember 2014, daripada http://www.scribd.com/doc/85716459/PERHUBUNGAN-AWAM
Definition Of Eco-Camus (UMS Perspective).
UMS Eco Campus Portal . Diakses pada 5 Disember 2014,
daripada http://www.ums.edu.my/eco/index.php/ms/ecocampus/definition
Awangku
Hassanal Bahar Bin Pengiran Bagul, (10 Julai 2013). Pusat
Pengurusan EcoCampus. Official
Portal of Universiti Malaysia Sabah. Diakses pada 9 Disember
2014, daripada http://www.ums.edu.my/v5/index.php/ms/mengenai-ums/nc/pusat-pengurusan-eco-campus.html
Roadmap And Key Aktivities. UMS Eco Campus Portal. Diakses pada 9 Disember 2014
daripada http://www.ums.edu.my/eco/index.php/en/roadmap
Alam Sekitar: UMS Lancar
Kesedaran Program ‘Eco Campus’, (8 Febuari 2013). Khabarkinabalu. Diakses pada 9 Disember 2014 daripada
Kristy Inus, (8 Febuari
2013). UMS Aiming For Green Campus Status By 2017. New Straits Times. Diakses pada 9 Disember 2014, daripada http://www.nst.com.my/nation/general/ums-aiming-for-green-campus-status-by-2017-1.214995
AHLI KUMPULAN
ELVIS RYAN RUBANJAR
NIK ASMA ULAILI HUSNA
SUBAHSHINI DEVIA/P THANASEELAN
AHLI KUMPULAN
ELVIS RYAN RUBANJAR
NIK ASMA ULAILI HUSNA
SUBAHSHINI DEVIA/P THANASEELAN
No comments:
Post a Comment